Sabtu, 11 Julai 2009

Tidak Ada Alasan Mansuh PPSMI Hingga 2012

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU – PAS mahu Dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mesti (PPSMI) dihentikan sekarang, bukannya tahun depan atau Tahun 2012.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mempersoalkan tindakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin menangguhkan pemansuhan PPSMI sehingga 2012 tanpa sebarang alasan munasabah.

”Muhyidin tidak mengemukakan alasan yang munasabah! Mengapa sehingga tahun 2012 baru nak mansuh ? Mengapa tidak sekarang ?,”katanya ketika ditemui selepas majlis Dailog PAS Terengganu bersama Rakyat di Kampung Gelam Mas, semalam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Gerakan Memansuhkan PPSMI berkata PAS akan terus mendesak kerajaan supaya kerajaan memansuhkan PPSMI serta merta.

Katanya, PAS tidak akan membiarkan kerajaan terus membazirkan wang rakyat dengan meneruskan dasar yang merugikan itu sehingga tahun 2012.

”Kita (PAS) tidak mahu peruntukkan PPSMI sebanyak RM5 bilion terus dibazirkan, kalau dimansuhkan sekarang, mungkin boleh dijimatkan beberapa juta ringgit,”jelasnya.

Menurutnya, beliau sedang meneliti untuk membuat laporan kepada pihak-pihak berkenaan, samada polis atau SPRM, kerana ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang sengaja dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam penangguhan PPSMI.

”Keputusan tersebut melindungi pihak-pihak tertentu berkaitan yang mempunyai kepentingan dalam perlaksanaan PPSMI,

”mungkin untuk melindungi pembekal atau kroni yang mendapat kontrak tertentu,”tegasnya.

Tiada ulasan: