Rabu, 12 April 2017

RUU355: DAP Tetap Tolak, Dakwa Anwar Dapat Maklumat Salah

Suara Kebenaran




Jurucakap DAP Pusat hari ini menolak pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mahu semua pihak menghormati hak Hadi Awang dan PAS untuk membahaskan rang undang-undang persendirian 355 (RUU355).  Selaras dengan itu, semua ahli parlimen PKR, Islam dan bukan Islam, perlu menyokong RUU355 bila ia mula dibahaskan Julai depan.

Kerana lama terkurung di penjara, Anwar mungkin menerima maklumat yang salah mengenai RUU tersebut yang jelas mahu membuka jalan kepada perlaksanaan hudud di negara ini, menurut jurucakap tersebut.

 Sejak PAS mula cenderung ke arah UMNO, DAP sudah tidak lagi boleh menerima apa bentuk perundangan Islam dilaksanakan di negara ini.

Dulu ketika PAS masih dalam Pakatan Rakyat, DAP tidak ada masalah dengan perundangan Islam, termasuklah hudud.

Bagaimanapun, DAP tetap menghormati pendirian Anwar itu tapi menegaskan Majlis Presiden Pakatan Harapan adalah pihak yang mempunyai kuasa pemutus terhadap isu ini.  Berdasarkan mesyuarat yang lepas, telah diputuskan bahawa semua parti komponen Pakatan Harapan akan menolak RUU355 atas dasar berlawanan dengan perlembagaan sekalipun undang-undang syariah telah wujud dalam perlembagaan sejak merdeka.

Diharap Anwar dapat memahami dilema yang terpaksa dihadapi DAP dan Pakatan Harapan keseluruhannya kalau RUU355 ini disokong.  Meskipun RUU355 tidak ada kena mengenai dengan bukan Islam tapi orang Islam sendiri pun bukan semua yang setuju kalau RUU355 ini dijadikan sebagai undang-undang negara.

Siapa yang mahu perjuang hak mereka ini kalau bukan Pakatan Harapan, tegasnya lagi.


Tiada ulasan: