Ahad, 16 April 2017

MP Umno saran sebat pesalah jenayah syariah depan khalayak.

 
Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, cadangan hukuman itu perlu diberi pertimbangan serius oleh kerajaan jika cadangan meminda RUU 355 diluluskan Dewan Rakyat kelak.


ghazali


PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen dari Umno hari ini menyarankan hukuman sebatan di bawah undang-undang syariah dilaksanakan secara terbuka dan khalayak bagi memberi keinsafan maksimum kepada pelaku jenayah dan orang ramai.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, cadangan hukuman itu perlu diberi pertimbangan serius oleh kerajaan jika cadangan meminda Rang Undang-Undang (RUU) 355 diluluskan Dewan Rakyat kelak.

Berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat pesalah jenayah undang-undang sivil yang dilihat amat keras dan mampu mendatangkan kecederaan, Dr Noor Azmi menegaskan, hukuman sebat bagi jenayah berkaitan di bawah undang-undang syariah tidak menyakitkan dan sekadar memberi pengajaran.

“Jika dapat peluang bahas (pada persidangan Parlimen akan datang), mana-mana pesalah ditangkap atas kesalahan undang-undang syariah yang wajib dikenakan hukuman sebat, perlu dilaksanakan hukuman di hadapan khalayak ramai.”

Katanya, jika boleh hukuman itu dilaksanakan di kawasan luas dengan perlu dihadiri kesemua ketua jabatan kawasan hukuman dijalankan.

“Melalui kaedah itu, saya yakin hukuman dilaksanakan bukan sahaja memberi pengajaran, keinsafan dan ketakutan maksimum dalam diri pesalah, malah memberi kesan kepada masyarakat yang menontonnya,” katanya dipetik Sinar Harian Online.

Pada 6 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RUU 355 yang akan membolehkan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965
.
Bagaimanapun perbahasan ke atas usul itu ditangguhkan sehingga Julai ini.

Tiada ulasan: