Khamis, 16 Oktober 2014

'Jangan biar syarikat Sabah kutip serdak saja'

MALAYSIAKINI


 


Dua MP DAP dari Sabah menggesa kerajaan supaya agar kontrak membina lebuh raya merentasi Borneo, Pan Borneo Highway dilakukan menerusi tender terbuka.

Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu) dan Stephen Wong (DAP-Sandakan) membuat gesaan itu pada sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

Gesaan itu dibuat selepas mereka mendakwa menerima maklumat yang syarikat dari Semenanjung, UEM-MMC merupakan antara syarikat yang dijangka bakal memenangi kontrak itu.

Mereka menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membuka tender untuk membina lebuh raya itu yang melibatkan negeri Sabah.

Kedua-dua MP itu turut mencadangkan agar syarikat yang mahu membida kontrak itu disyaratkan mestilah syarikat dari Sabah.

"Kami tidak mahu syarikat-syarikat Sabah untuk mengutip serdak dari meja dengan menjadi subkontraktor kepada syarikat Semenanjung Malaysia yang akan mengaut keuntungan dari kontrak itu," kata Jimmy Wong.

Tiada ulasan: