Khamis, 4 September 2014

Wacana 'VEP: Apa Tunggu Lagi?'


VEP: Apa Tunggu Lagi
 
 
 
[VIDEO] WACANA Sinar Harian Siri ke-30 dengan tajuk "VEP: Apa Tunggu Lagi?" mungkin lebih dekat di hati penduduk Johor khususnya.

Ia antara isu besar bagi penduduk di negeri itu terutama mereka yang kerap berulang-alik ke Singapura.

Itulah antara persoalan yang akan dibangkitkan dalam siri wacana kali ini yang akan dikendalikan oleh moderator yang tidak asing lagi iaitu Dr Maszlee Malik langsung dari Johor Darul Ta'zim.

Wacana turut membariskan panelis yang tidak kurang hebatnya iaitu Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim, Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi, Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bagi mengupas isu hangat ini.

Ikuti liputan langsung bersama kami bagi mengetahui kupasan panelis bersabit isu VEP ini.

2.50 petang: Warga Johor mula memenuhi Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi bagi mengikuti Wacana Sinar Siri ke-30, "VEP: Apa Tunggu Lagi?".

3.16 petang: Wacana Sinar Harian siri ke-30 dengan tajuk "VEP: Apa Tunggu Lagi?" bermula.

3.16 petang: Moderator, Dr Maszlee Malik berkongsi rasa, kali pertama kendalikan wacana Sinar di luar Lembah Klang.

3.17 petang: "Tahniah Sinar Harian kerana pecahkan tradisi. Harap ini berterusan. Membawa politik matang," ujar beliau.

3.20 petang: Namun katanya, permulaan wacana di luar Lembah Klang kali ini isunya hanya orang selatan sahaja faham.

"Tapi sayang kita mulakan dengan tajuk yang ramai orang tak faham. Hanya orang Selatan saja faham," ujar Dr Maszlee.

3.21 petang: "VEP sudah lama nak dibuat sejak 2006 tapi tak dilaksanakan juga. Tapi 1 Ogos, Singapura tak tunggu lama untuk naikkan kadar," ulas beliau lagi.

3.22 petang: Hujah Dr Maszlee, "dalam Umno, mereka suarakan VEP segera dilaksanakan. DAP pula senada dengan kerajaan yang tak berapa nak laksanakan. Dan Pas pula senyap tak bersuara".

3.23 petang: Moderator bertanya kepada panelis sama ada mereka setuju bahawa isu VEP ini bukan isu perkauman tetapi lebih kepada isu ekonomi dan pentadbiran.
Kesemua moderator bersetuju dengan perkara itu.

3.30 petang: Moderator menjemput panelis pertama, Suhaizan Kaiat untuk mulakan sesi wacana petang ini.

3.31 petang: Moderator bertanyakan kepada Suhaizan, apa pandangan ahli politik tentang VEP?

3.32 petang:
Menurut Suhaizan, jika mahu naikkan VEP, perlu kaji adakah VEP itu membebankan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

3.33 petang: Tambah Suhaizan lagi, "jika kerajaan mahu kenakan kadar VEP ke atas pelancong Singapura, ia tidak akan menjejaskan pendapatan rakyat Singapura."

3.34 petang: Beliau kemudiannya memberi cadangan supaya VEP ke atas kenderaan yang masuk ke Malaysia dengan kadar minimum dahulu untuk lihat hasilnya.

3.35 petang: Moderator mempersilakan panelis berikutnya, Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk ulas isu VEP.

3.35 petang: Khairul memulakan hujahnya dengan berdoa akhirnya isu VEP ini akan memenangkan rakyat.

3.36 petang: Menurut Khairul, dalam isu VEP ini rakyat Johor dilihat bersatu.

3.37 petang: Jelas Khairul, isu VEP ini bukan isu balas dendam. "Kerana kalau benar (balas dendam), kita sudah laksana 41 tahun lalu," ujar beliau.

3.40 petang: Tambah beliau, pandangan masyarakat pelbagai dalam isu VEP ini. "Mungkin selepas wacana ini, kerajaan akan mendengar pandangan kita dan laksanakan VEP," katanya.

3.41 petang: Moderator seterusnya memberi ruang kepada panelis berikutnya, Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim, untuk menyampaikan pandangan tentang isu VEP.

3.42 petang: Menurut Hahasrin, Pemuda Umno sentiasa menyokong apa sahaja usaha yang memberi manfaat kepada rakyat.

3.
44
petang:
Moderator beri ruang pula kepada Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi untuk nyatakan pandangannya. "Sebelum mulakan isu VEP ini, PR tidak pernah menentang pelaksanaan VEP," jelas Shu Qi.

3.45 petang: Shu Qi kemudian persoalkan, adakah caj VEP yang dikenakan itu 70 peratus daripadanya boleh disalurkan kepada negeri Johor.

3.47 petang: Ujar Shu Qi, "kerajaan seharusnya menambah baik sistem pengangkutan awam baru laksana VEP."

3.48 petang: Moderator kemudian 'mengusik' Shu Qi dengan berkata, pengarah polisi DAP itu lebih patriotik kerana minta lebih. "Saya rasa YB Shu Qi lebih patriotik JDT sebab dia minta 70 peratus diberi balik kepada rakyat Johor. Ini lebih JDT daripada JDT," katanya.

3.50 petang: Wacana masuk pusingan kedua. Dr Maszlee timbulkan satu persoalan tentang beza bayaran VEP yang dikenakan ke atas kenderaan yang masuk ke Singapura dan kenderaan Singapura yang masuk ke Malaysia?

"VEP dikenakan kepada kereta masuk Singapura tapi prasarana disediakan tiptop. Itu hakikat tak boleh tolak. Jauh berbeza berbanding dengan JB.

"kita nak kenakan bayaran tapi apakah nilai yang mereka nak bayar itu?

4.00 petang: Menurut Dr Maszlee, jika caj dikenakan untuk kenderaan asing memasuki Johor, mungkin ekonomi di Johor akan terjejas.

"Yg akan terjejas bukan setakat pekerja biasa saja tapi Angsana, pasar borong, pasar tani akan terjejas," ujar beliau.

4.01 petang: Moderator bertanya kepada Khairul, apakah nilai caj VEP yang akan dikenakan boleh menaiktaraf keadaan jalan raya dan berikan kesan terhadap ekonomi?

4.02 petang: Menurut Khairul, kerajaan perlu diberi ruang untuk jimat RM100 juta setahun untuk lakukan pembaikan jalan. "Dari segi nilai wang, kita bukan sahaja mampu baiki jalan, kita mampu bantu rakyat dari segi kebajikan dan bina rumah mampu milik," ujar beliau.

4.03 petang: Suhaizan kemudian mencelah.

"Selama ini pun kerajaan Johor tidaklah kekurangan duit untuk uruskan jalan Johor. Tapi dengan perbelanjaan yang ada itu yang digunakan untuk biayai jalan, tapi jalan itu tetap lubang juga.

"Jadi apa jaminan dengan duit itu, jalan tidak akan lubang-lubang?," soalnya kepada Khairul.

4.15 petang: Moderator kemudian memberi ruang kepada Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk ulas.

4.21 petang: Menurut Hahasrin, kerajaan negeri akan membaiki prasarana di Johor seperti restoran dan gerai yang digunakan oleh orang ramai.

Maszlee kemudian persoalkan, "jadi kerajaan negeri perlukan peratus yang lebih daripada VEP?

4.22 petang: Dr Maszlee kemudian mempersoalkan lagi, apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri sebagai jaminan.

Menurut Hahasrin, antara fokus yang diberi perhatian ialah tentang pembaikan jalan raya.

4.24 petang: Moderator kemudian bertanyakan kepada Shu Qi tentang pandangannya bahawa pelaksanaan VEP akan menjejaskan hartanah di Johor kerana terdapat lebih 130, 000 rakyat Singapura miliki tanah di Johor Bahru.

"Mungkin mereka akan balik ke negara mereka. Tapi kerana mereka inilah, harga tanah, harga rumah di sini naik. Jadi adakah kita nak mudahkan mereka? Bukan rakyat sendiri?," soal Dr Maszlee.

4.25 petang: Suasana kecoh seketika apabila Shu Qi yang mengulas isu hartanah dengan mengaitkannya dengan contoh kondominum kos tinggi dan lembu.

4.26 petang: Shu Qi kemudian berkata, "kebanyakan hartanah di sini dimiliki oleh kerajaan. Kenaikan harga ini akibat daripada dasar kerajaan."

4.27 petang: Hahasrin minta Shu Qi nyatakan tentang contoh dakwaan itu.

4.28 petang: Shu Qi kemudian berkata, kerajaan negeri dan Pusat tidak bina rumah mampu milik di Johor bukan kerana tak ada kuota.

4.31 petang: Moderator kemudian beri ruang kepada Hahasrin untuk berhujah.

Menurut Hahasrin, apa yang perlu dibincangkan dalam wacana hari ini ialah tentang bagaimana "kita sebagai golongan muda untuk pastikan apabila VEP ini dilaksanakan ia beri manfaat kepada generasi akan datang".

4.40 petang: Dr Maszlee bertanyakan kepada Hahasrin, apa yang akan dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno jika kerajaan tidak mahu laksanakan VEP.

4.41 petang: Hahasrin kemudian berkata, Perdana Menteri sudah umum VEP akan dilaksanakan cuma masih dalam penelitian buat masa ini.

4.42 petang: Moderator kemudian bertanyakan apa peranan Pas dalam VEP.

"Saya sokong kadar minimum VEP kerana ia akan menyebabkan ekonomi domestik kita terjejas.

"Kalau tol terlalu tinggi, ditambah dengan VEP, kita takut orang Singapura tak akan dtg berbelanja di negara kita. Cari satu nilai yang munasabah untuk caj VEP supaya tak wujudkan suasana panik," ujar Suhaizan.

4.43 petang: Moderator buka ruang kepada peserta wacana ajukan soalan kepada panelis.

4.50 petang: Seorang peserta wacana bertanyakan kepada Suhaizan kerakyatan pemimpin Pas itu kerana mempertahankan Singapura.

"Kita tak mahu mewujudkan permusuhan dalam hal berkaitan VEP.

"Kita harus beri mesej yang baik kepada jiran. Kalau kita timbulkan kebencian kepada Singapura, ia merupakan satu mesej yang tidak baik.

"Malaysia negara kelahiran saya, tapi sebagai ahli politik yang matang, saya ingin jaga perhubungan dengan Singapura," jelas Suhaizan.

4.46 petang: Seorang lagi peserta bertanyakan kepada Suhaizan tentang pendirian parti itu tentang VEP yang dikenakan Singapura ke atas rakyat Malaysia.

Jawab Suhaizan,"kita minta kerajaan Malaysia guna hubungan diplomatiknya untuk bincang dengan Singapura bagi mengurangkan beban rakyat".

4.47 petang: Peserta berikut bertanyakan, apakah hubungan Malaysia-Singapura akan terjejas kerana isu VEP.

Menurut Khairul, isu tersebut tidak akan jejas hubungan cuma VEP yang dikenakan Singapura tinggi.

5.00 petang: Shu Qi yang menjawab soalan peserta antara lain menjelaskan, DAP menyeru kerajan Pusat kutip VEP dengan Singapura.

"Demonstrasi tak akan selesai masalah. Perlu bincang apa yang terjadi jangan amal sikap penting diri sendiri," katanya.5.10 petang: Wacana Sinar Harian "VEP: Apa Tunggu Lagi?" melabuhkan tirai. Suasana di dalam Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor sedikit tegang.

5.10 petang: Wacana Sinar Harian "VEP: Apa Tunggu Lagi?" melabuhkan tirai. Suasana di dalam Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor sedikit tegang.

Tiada ulasan: