Isnin, 8 September 2014

Tuduhan dirangka jika wujud bukti kukuh kes Beng Hock, kata peguam negara

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Mereka yang bertanggungjawab atas kematian mendiang Teoh Beng Hock  akan didakwa jika siasatan polis memperolehi cukup keterangan dan bukti mengikut keadaan, kata Pejabat Peguam Negara, hari ini.

“Bagaimanapun Pejabat Peguam Negara ingin menegaskan sebarang unsur syak, tidak kira betapa kuat pun ia, tidak akan menyebabkan pendakwaan dalam apa juga kes.
 
“Pejabat Peguam Negara akan membuat keputusan sebaik saja penyiasatan itu lengkap oleh pasukan khas yang ditubuhkan polis,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Kenyataan itu berkata, pihaknya akan mendakwa kes itu jika bukti dan keterangan mengikut keadaan yang diperolehi hasil siasatan itu cukup kuat.

Tiada ulasan: