Selasa, 2 September 2014

Tahaluf siyasi punca utama kejayaan PAS



Oleh MOHAMAD SABU


POLITIK kerjasama dengan pelbagai ideologi, bangsa, kaum dan pertubuhan bukan kerajaan di Tanah Melayu (Malaya) dan di Malaysia bukanlah satu perkara baru – pelbagai pertubuhan politik dan NGO pernah bergabung pada 1947, antaranya parti-parti seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), badan-badan agama, pertubuhan-pertubuhan Cina, India bergabung untuk menuntut merdeka, dan Perlembagaan Rakyat telah dikemukakan. 

Mereka bersatu sehingga dapat membuat tindakan mogok di seluruh negara untuk menghadapi pe nindasan dan pemerintahan British.

British yang menjajah Malaya pada waktu itu terasa amat tergugat, lalu selepas itu diisytiharkan darurat, maka pertubuhan-pertubuhan seperti PKMM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) diharamkan, kecuali yang diizinkan untuk terus berope rasi adalah Umno.

Parti Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol juga diharamkan oleh pihak British.
Pemimpin-pemimpin PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin keba nyakannya meringkuk di dalam penjara.

Perkara yang hendak saya tekankan di sini, ialah bersatunya, muafakat, “tahalluf siyasi” telah menyebabkan pemerintah tergugat pada waktu itu. Ia berlaku sehinggalah pada 1957, dan British mening galkan tanah air dan memberikan kemerdekaan kepada Malaya yang diketuai oleh Umno untuk me ngambil alih pemerintahan Malaya merdeka bersama-sama dengan MCA dan MIC.

PAS bertanding di dalam pilihan raya bersama parti-parti politik lain yang kuat pada waktu itu, iaitu Parti Buruh, Parti Negara, Parti Sosialis dan Parti Rakyat.

Kalau kita lihat sejarah kejayaan PAS dalam pilihan raya, ialah apabila berlakunya pakatan atau “tahalluf.”

Pada 1959, PAS berjaya menang dan menguasai dua negeri, iaitu Ke lantan dan Terengganu apabila ada muafakat politik terutama dengan Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar yang menyebabkan pada pilihan raya pada tahun 1959 itu, PAS dapat menguasai Kelantan dan juga Terengganu.

Manakala pada pilihan raya tahun 1969, tidak ada permuafakatan terbuka, tetapi antara pembangkang ada persefahaman untuk menghadapi Parti Perikatan, maka PAS berjaya mencapai kejayaan di sebelah pantai Barat iaitu di Kedah, di Perak dan juga membuat kemajuan yang baik dari segi sokongan di negeri sebelah pantai Barat se perti di Selangor, Melaka dan juga beberapa negeri yang lain.

“Tahalluf” atau permuafakatan politik, PAS bersama dengan Barisan Nasional pada tahun 1974, tidak lah ia dapat diukur dengan kekuatan kerana pada waktu itu PAS telah bersama dengan parti pemerintah yang baru menghadapi situasi 13 Mei dan kesatuan rakyat terutama parti-parti politik berada dalam Barisan Nasional seperti Gerakan, PAS dan beberapa parti lagi.

Pada 1977 dalam bulan November, PAS telah disingkirkan daripada Barisan Nasional.

Manakala bila berlaku pilihan raya pada tahun 1978 PAS telah menghadapi Barisan Nasional yang ber”tahalluf” de ngan BERJASA, maka PAS telah mengalami kekalahan yang teruk di Kelantan dan hilang kuasa untuk memerintah, PAS hanya memperolehi dua kerusi di Kelantan dan tiada memperolehi sebarang kerusi di Terengganu dan di Kedah pula PAS hanya memenangi beberapa kerusi Dun dan satu sahaja kerusi Parlimen.

Pada 1986, apabila berlaku peristiwa Memali secara umumnya orang-orang Melayu agak marah kepada pemerintah Barisan Nasional. Ceramah dan himpunan yang PAS anjurkan dan lakukan mendapat sambutan yang begitu hebat ter utama di negeri Kedah, di negeri Kelantan dan juga di Terengganu.

Tetapi apabila datangnya pilihan raya pada 1986, PAS hanya berjaya menang tiga kerusi Dun di Kedah, dan juga lima kerusi Dun di Terengganu, dan hanya 10 kerusi Dun di Kelantan, serta beberapa kerusi Parlimen tradisi seperti di Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Pasir Mas yang berjaya dimenangi oleh PAS.

Pakatan politik ada pada pilihan raya pada tahun 1986, tetapi ia ha nya daripada parti-parti yang kecil se perti NASMA pimpinan bekas Pre siden Cuepacs iaitu Mohd Nor, selain itu ialah Parti Pekerja dan juga Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC).

Orang bukan Melayu pada umumnya masih bersama dengan MCA, Gerakan dan DAP. Amat sedikit sekali yang menyokong dan bersama parti-parti kecil. Oleh itu pada 1986 kemenangan PAS berada di tahap yang paling parah, iaitu hanya satu kerusi Parlimen yang dimenangi melalui Parlimen Pengkalan Chepa, iaitu Ahli Parlimennya Pak Nilah Arshad.

Pada pilihan raya tahun 1990 pula berlaku satu “tahalluf” atau pakatan politik dengan (APU) iaitu Parti Semangat 46, dengan DAP secara “indirect”, maka pada tahun 1990, PAS dan APU telah berjaya mengambil alih pentadbiran Ke lantan, menang beberapa kerusi di Terengganu, menang beberapa kerusi di Pahang, Kedah, Johor dan juga di Selangor.

Pada pilihan raya tahun 1995, PAS telah berjaya memenangi negeri Kelantan, walaupun begitu DAP yang tidak bersama dengan PAS menyebabkan kita hilang dan juga kita tidak berjaya memungut undi dan tidak berjaya memenangi kerusi Dun dan Parlimen di seluruh Malaysia, walaupun berjaya mempertahankan Kelantan.

Pada pilihan raya tahun 1999, di atas peristiwa yang berlaku kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka lahirlah Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). PAS bergabung atau “tahalluf siyasi” dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP secara tidak langsung di bawah Barisan Alternatif. Inilah kejayaan di antara yang paling besar yang pernah dicapai oleh PAS, di mana kita PAS berjaya mendapat kemenangan 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2), dan seterusnya menguasai Kelantan dan juga Terengganu yang ditawan semula oleh PAS selepas hilang kerajaan ini pada tahun 1962.

Pada pilihan raya tahun 2004, DAP telah mengumumkan untuk meninggalkan dan keluar daripada Barisan Alternatif di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam, maka pada tahun 2004 ini PAS telah mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah PAS hilang kerusi-kerusi Parlimen, yang tinggal hanyalah satu kerusi di pe ringkat Parlimen di Kedah dan lima kerusi Parlimen di Kelantan.

Menjelang pilihan raya pada tahun 2008, PAS bersama dengan KeADILan, DAP dan badan-badan NGO yang lain telah bersatu tenaga di bawah BERSIH dan di bawah slogan perjuangan bersama untuk menegakkan Negara Berkebajikan, “tahalluf siyasi” dijulang, diangkat dan dipersem bahkan kepada rak yat, maka pada pilihan raya tahun 2008 kejayaan yang paling tinggi telah dicapai oleh pembangkang semenjak merdeka, di mana lima negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sela ngor. PAS telah mendapat 23 kerusi parlimen dan 82 kerusi Dun di seluruh Malaysia.

Pakatan Rakyat dan ta haluf siyasi diteruskan menjelang PRU13, iaitu pi lihan raya pada tahun 2013, di mana sekali lagi Pakatan Rakyat mencatat kemenangan undi popular.

Iaitu Pakatan Rakyat mendapat undi popular le bih 52% dan Barisan Na sional mendapat undi 46%, setelah ditolak undi rosak lebih kurang 2%.

Walaupun hilang dan tidak berjaya menawan se mula Terengganu, PAS hanya ke hilangan dua kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah, tetapi kejayaan yang besar ialah PAS telah capai di Selangor iaitu berjaya mencapai ke menang an 15 kerusi Dun.

Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau taha luf siyasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada tahaluf, tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti-parti dalam pakatan. Iaitu ki ta kurang mendapat sambutan pada tahun 1995, paling parah pada ta hun 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Al ternatif, kita telah hilang pemerintahan di negeri Terengganu, kita merosot undi di seluruh negara termasuk undi orang-orang Melayu Bumiputera, tetapi kita (PAS) melonjak kembali mendapat undi rakyat pada tahun 2008 apabila Pakatan Rakyat terserlah kejayaan mereka bersatu untuk menghadapi pemerintah Barisan Nasional.

Oleh itu jikalau PAS dan rakan-rakan dalam Pakat an Rakyat bera ngan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan yang lain, melainkan jalan yang terbaik melalui kerjasama politik antara parti-parti pembangkang dan NGO untuk hadapi peme rintah Barisan Nasio nal.

Tiada ulasan: