Hasil ujian yang mendapati produk Dnars bebas hydroquinone.  
Hasil ujian yang mendapati produk Dnars bebas hydroquinone.



SHAH ALAM - Pengeluar yang juga pengedar produk kosmetik jenama Dnars, Rohban Trade Sdn Bhd mengesyaki wujud unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab ekoran penarikan dua produk dikeluarkan syarikat tersebut yang didapati mempunyai bahan beracun hydroquinone.

Pengarah Urusannya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim berkata, ia kerana dua produk keluaran syarikatnya ditarik balik selepas uji kaji oleh Kementerian Kesihatan mendapati ia bebas daripada bahan itu selepas dibuat ujian oleh makmal.

“Di sini kami ingin menjelaskan bahawa selepas menerima notis daripada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan mengenai pembatalan notifikasi terhadap dua produk ini pada 9 Julai 2014, pihak kami mengambil inisiatif membuat ujian makmal ke atas produk-produk ini.

"Hasil ujian tersebut bertarikh 21 Julai 2014 mendapati kedua-dua ini adalah bebas daripada bahan hydroquinone,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihaknya telah pun membuat permohonan semula notifikasi bagi kedua-dua produk itu.

Kedua-dua produk itu adalah Dnars Yellow Cream (Krim Ku-Neng) dan Dnars Magic Gold Foundation.