mh17
 
 
 
SHAH ALAM - Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menyeru pihak pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera berhubung insiden yang berlaku di Taman Peringatan Nirwana Sungai Besi Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam satu kejadian pagi tadi, dua jurufoto media salah satunya daripada akhbar The New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk di muka manakala jurufoto akhbar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh sempat mengelak semasa membuat liputan persemadian jenazah mangsa MH 17 kumpulan ketiga yang tiba awal pagi tadi.

Presiden MPPA, Zainal Abdul Halim berkata, kekasaran ke atas jurufoto media amat tidak berperikemanusiaan.

"Pergerakan dan tugas jurufoto media dalam sebuah tugasan  mengikut etika kewartawanan.

"Jurufoto dan pihak media bertugas boleh menerima budi bicara pihak keluarga sekiranya tidak membenarkan membuat liputan tetapi bukan cara mengasari keadaan sedemikian" katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: MH17: Jurufoto cedera ditumbuk lapor polis

MPPA akan membuat satu laporan polis juga berhubung kejadian tersebut sambil mengambil kira hak dan kepentingan keselamatan jurufoto semasa membuat liputan.