Tindakan mengingkaran titah
Baginda Sultan untuk menamakan lebih dari dua nama calon pengganti Khalid
Ibrahim oleh DAP dan PKR amat mendukacitakan Sultan Selangor. Kedua-dua parti
seolah-olah tidak mrenerima hakikat yang dalam sistem demokrasi kita, Raja itu
merupakan proponen yang didalam sistem ini termasuk dalam memilih seorang
Menteri Besar dalam sebuah negeri yang berdaulat kita ini.
Apabila berlakunya tindakan yang
derhaka ini, maka tidak lagi susah untuk mempercayai yang jika parti-parti ini
menjadi pemerintah institusi Raja itu tidak akan dikekalkan dan mereka akan
menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menghapuskannya setelah berkuasa beberapa
ketika sahaja. Sebagai seorang Melayu yang merupakan komponen terbesar dari
rakyat negara ini, kita amat khuatir dan dalam kebimbangan jika identiti Melayu
itu akan terhakis dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi.
Kehilangan identiti sesuatu
bangsa ini merupakan permulaan kepada kehilangan bangsa-bangsa di dunia ini
yang kita telah banyak membaca dari sejarahnya. Bagi diri saya secara peribadi
ini merupakan satu isu yang sangat sensitif dan saya merasakan akta-akta yang
mendindingi keselamatan dan maruah bangsa yang terbesar dalam Negara itu wajar
diwujudkan atau pun ditambah kekuatannya dari apa yang ada pada hari ini.
Nyata dan jelas sekali tanggapan
yang ada bangsa-bangsa yang memainkan politik secara halus dan mengelirukan
orang Melayu itu mempunyai agenda jangka panjang iaitu untuk menakluki budaya
dan cara hidup bangsa Melayu itu semata-mata untuk menghilangkan identiti yang
membezakan orang Melayu dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Sesuatu bangsa
itu akan dicemari identitinya melalui dua acara setidak-tidaknya.
Pertamanya kelirukan mereka dalam
agama dan keduanya ialah dengan menghilangkan atau menakluk budaya dan cara
hidup bangsa itu. Selain dari itu ialah dengan melemahkan kedudukan ekonominya
bangsa itu dan berbagai cara yang halus dan ini amat merbahaya bagi bangsa
Melayu dan Islam itu sendiri.
Apa yang berlaku di Selangor
sekarang ini, kita sudah nampak ‘consequence’ sampingan yang amat merbahaya
kepada orang Melayu yang kebetulan beragama Islam itu. Malahan Negara kita ini
adalah satu-satunya negara di dalam dunia yang berkerajaan yang bangsa
terbesarnya, iaitu Melayu itu di definasikan oleh perlembagaan negara kita dan
salah satu dari yang di definasikan ialah bangsa Melayu itu adalah beragama
Islam.
Hasil dari perkembangan dan sikap
‘confrontational’ parti yang mewakili satu
kaum itu, tidak dapat dinafikan parti itu sedang mengambil kesempatan
sambil menangguk di air yang keruh untuk memecah belahkan orang Melayu dalam
Islam itu. Yang kita hadapi sekarang ini
bukan lagi masalah parti mana yang majoriti dan yang mana yang minoriti. Masalah
yang dihadapi sekarang ialah masalah keselamatan bangsa terbesar di negara ini.
Masalah sekarang ialah masalah
parti-parti politik yang menabur secara halus bibit-bibit anti
bangsa terbesar di negara ini dengan agenda yang sangat menakutkan bangsa kita sendiri. Perpecahan bangsa Melayu itu amat penting bagi bangsa-bangsa lain untuk menjadi pencatur bangsa kita di masa hadapan dan Melayu akan kehilangan segala kuasa dan pengaruh dalam negara mereka sendiri.
Tidak menghormati institusi Raja seperti yang berlaku di Selangor sekarang in, merupakan tanda-tanda dan dalil yang jelas untuk membuktikan Melayu itu sedang menuju kehancuran ini. Kita wajar menerima hakikat tidak menghormati seorang Raja Melayu itu adalah sikap tidak menghormati orang Melayu sendiri. Tetapi diluarannya mereka jugalah yang mengakui sebagai parti berbilang kaum dan menjunjung perlembagaan negara.
bangsa terbesar di negara ini dengan agenda yang sangat menakutkan bangsa kita sendiri. Perpecahan bangsa Melayu itu amat penting bagi bangsa-bangsa lain untuk menjadi pencatur bangsa kita di masa hadapan dan Melayu akan kehilangan segala kuasa dan pengaruh dalam negara mereka sendiri.
Tidak menghormati institusi Raja seperti yang berlaku di Selangor sekarang in, merupakan tanda-tanda dan dalil yang jelas untuk membuktikan Melayu itu sedang menuju kehancuran ini. Kita wajar menerima hakikat tidak menghormati seorang Raja Melayu itu adalah sikap tidak menghormati orang Melayu sendiri. Tetapi diluarannya mereka jugalah yang mengakui sebagai parti berbilang kaum dan menjunjung perlembagaan negara.
Ada pihak yang sudah hampir berjaya
untuk memecahkan bangsa Melayu yang masih leka dengan politik dan politiking yang
menjahanamkan kita sendiri. Sekarang ini sudah ramai pemimpin Melayu sendiri
yang telah termakan dengan permainan politik bukan Melayu dengan menjaja apa
yang bukan Melayu telah berikan kepada mereka seperti peruntukan dana yang
besar untuk majlis agama di sebuah negeri di utara Semenanjung.
Ada pemimpin dari PAS sendiri
sedang dilamun dengan keseronokan dengan jawatan-jawatan dalam
syarikat-syarikat kerajaan negeri di utara Semenanjung itu sehinggakan apa yang
diputuskan oleh parti Islam nya sendiri dipersoalkan. Pemimpin-pemimpin yang
menempelkan diri mereka sebagai pemimpin Islam lebih setia kepada kumpulan
yang mereka tidak sedari sedang memecahkan bangsa dan agamanya sendiri.
Kita perlu menilai dari sudut apa
yang tersirat dari yang tersurat dalam isu ini.
Apabila sampai waktu dan masanya, blog ini mungkin akan menulis mengikut
kemampuan untuk menghalusi keadaan ini secara berhemah dan membuka pemikiran
baru dalam perjuangan jika benar-benar untuk memperjuangkan bangsa dan agamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan