Isnin, 12 Mei 2014

PERKASA salahkan orang tengah harga getah jatuh

MALAYSIAKINI


 


NGO pendesak Melayu, PERKASA menyalahkan kartel saudagar getah yang didakwa bekerjasama dengan pihak berkuasa komoditi itu, bagi memastikan harga getah jatuh teruk.

"Harga getah jatuh teruk disebabkan industri getah telah berkurun dikuasai oleh kartel seperti Lee Rubber, Lam Seng dan lain-lain.

"Difahamkan pakatan mereka ini telah menyebabkan harga getah jatuh, pekebun kecil tidak mendapat fair price (harga yang wajar) untuk keluaran getah mereka," kata presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Menurutnya, saudagar-saudagar ini menjual getah tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi kepada syarikat antarabangsa namun, membelinya pada harga yang jauh lebih rendah daripada pekebun kecil.

Akibatnya, pekebun kecil getah berasa tertindas dan perasaan itu dimanipulasi untuk menghasut mereka membenci kerajaan, seperti Peristiwa Baling 1974, katanya lagi.

"Apabila pekebun kecil getah merasakan mereka tertindas, maka ia boleh disifatkan sebagai satu usaha terancang untuk menghasut rakyat luar bandar membenci kerajaan.

Pekebun kecil ini majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu luar bandar yang amat miskin dan sentiasa tertindas dan berbeza dengan pekebun kecil kelapa sawit.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menetapkan harga lantai getah pada RM3.50 sekilogram bagi mengatasi perkara itu.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar koperasi pekebun kecil setiap daerah diwujudkan bagi membeli getah terus daripada pekebun kecil.

Tiada ulasan: