Izardy Amiruddin
KUALA LUMPUR - Stesen televisyen Australian Broadcasting
Corporation (ABC) melalui salah sebuah program terbitan syarikat itu ,
Four Corners baru-baru ini telah mewawancara tiga tokoh di Malaysia bagi
mendapatkan perkembangan dan pandangan mengenai kehilangan pesawat
MH370.
Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Nik Huzlan merupakan tiga individu ditemuramah oleh wartawan Caro Meldrum-Hanna .
Sesi wawancara antara Hanna dan Hishamuddin dilihat sebagai medan untuk mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan Malaysia dari segi komunikasi dan respons oleh agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab.
Wartawan Four Corners itu telah mengemukakan beberapa soalan yang memerlukan fakta-fakta yang tepat dan terperinci daripada agensi-agensi yang terlibat.
Bagi mengelakkan jawapan berbentuk spekulatif dan diputar belit pihak media asing seperti yang pernah berlaku sebelum ini, Hishamuddin menekankan laporan lengkap mengenai perincian kehilangan pesawat hanya akan dikeluarkan oleh agensi-agensi yang terbabit sebagai rujukan rasmi.
Bagi Menteri Pertahanan itu, soalan-soalan Hanna yang bertanyakan mengenai altitud pesawat semasa kehilangan dilaporkan , tempoh pesawat tak dikenali dikesan dalam radar tentera, jumlah anggota yang bertugas semasa pesawat dikesan dalam radar dan masa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memaklumkan kepada pihak tentera mengenai kehilangan hanya akan dimaklumkan secara rasmi melalui laporan yang akan dikeluarkan agensi-agensi terlibat.
Sepanjang wawancara, wartawan berkenaan dilihat seolah-olah mendesak Hishamuddin memberikan beberapa fakta walau hanya dalam bentuk anggaran.
Sekiranya fakta yang diberikan Hishamuddin tidak tepat berbanding laporan yang disediakan agensi dikeluarkan kelak, ia pasti akan merosakkan kredibiliti Menteri Pertahanan itu.
Di awal wawancara , wartawan Four Corners itu turut mempersoalkan tindakan tentera Malaysia yang tidak berbuat apa-apa selepas mendapati terdapat pesawat tak dikenali berada di dalam radar tentera.
Hishamuddin menjawab dengan menjelaskan empat faktor iaitu pesawat yang tak dikenali itu tidak menunjukkan ciri-ciri permusuhan, ia merupakan pesawat komersil yang tidak membahayakan, pesawat itu berasal dari ruang udara negara dan Malaysia tidak berperang dengan mana-mana negara.
Hishamuddin mengambil contoh kegagalan pertahanan Amerika Syarikat yang tidak menduga tragedi 9 September berlaku apabila 2 pesawat milik negara itu dirampas dan melanggar kedua-dua menara World Trade Center di New York, sedangkan negara itu mempunyai musuh dan terlibat dalam peperangan pada ketika itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar dalam satu temuramah berasingan dengan Four Corners berpendapat prosedur standard (SOP) bagi pertahanan mana-mana negara di dunia ini ialah bertindak dalam masa 3 minit apabila mengesan pesawat yang tak dikenali berada dalam ruangan udara negara .
Jet pejuang akan dihantar bagi mengiringi pesawat berkenaan untuk mendarat atau mengusir dari ruang udara negara. Tindakan ini diperketatkan terutama setelah berlaku kejadian 9 September.

Hishamuddin pula dalam satu respons terhadap wartawan Four Corners
berkata sekiranya jet Sukhoi dihantar menjejaki pesawat komersil tak
dikenali dalam radar itu , adakah ia terpaksa ditembak (sekiranya gagal
mematuhi arahan)?
Pesawat MH370 gagal dikesan dan dihubungi kerana transponder dan sistem komunikasinya dimatikan.
Sekiranya Sukhoi dihantar bagaimana ia dapat memberikan arahan untuk mengiringi pesawat sekiranya sistem komunikasi dimatikan?
Sebelum ini, pihak tentera telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengandaikan pesawat komersil telah di arahkan untuk berpatah balik oleh menara kawalan atas sebab-sebab tertentu, dan tiada tindakan dibuat atas sebab itu.
Untuk rekod, beberapa kejadian pesawat komersil terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang dimana ia berlepas atas sebab-sebab teknikal .

Terbaru, dimana pesawat Malindo Air terpaksa berpatah balik ke Lapangan
Terbang Subang disebabkan salah satu enjin pesawat terbakar dan insiden
dimana tayar kapal terbang pesawat MAS yang pecah semasa berlepas untuk
penerbangan ke Bangalore.
Mungkin di pihak pertahanan tentera mereka mengandaikan berlaku masalah pada transponder dan sistem komunikasi kapal terbang hingga memaksa pesawat itu membuat turn-back untuk mendarat dalam negara.
Persoalan yang ditimbulkan oleh wartawan Four Corners mengenai masa di mana DCA memaklumkan pada tentera mengenai kehilangan pesawat mungkin boleh merungkai persoalan ‘andaian’ yang dibuat oleh pertahanan negara ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditemuramah wartawan Four Corner dilihat mengambil kesempatan politik apabila turut menyelitkan beberapa dakwaan mengenai ketidaktelusan yang berlaku dalam sistem pentadbiran negara, serta bagaimana kakitangan awam dan media arus perdana di kawal oleh kerajaan yang memerintah dalam menyebarkan maklumat.
Wartawan Four Corner walaubagaimanapun lebih berminat dengan dakwaan Anwar sebelum ini bahawa beliau memperoleh maklumat berkaitan data mengenai kargo MH370 telah dipadamkan.
Anwar walaubagaimanapun enggan mendedahkan individu yang memberikan maklumat tetapi mendakwa ia adalah dari seseorang yang berada dalam MAS.

Ternyata dakwaan mengenai maklumat kargo yang dipadamkan hanyalah spekulasi Anwar semata-mata bagi memberi kan imej buruk pada kerajaan yang memerintah.
Anwar juga dilihat sependapat dengan wartawan Four Corner bahawa kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370 . Maklumat kargo, maklumbalas serta tindakan pihak bertanggungjawab antara yang paling utama dipersoalkan .
Hishamuddin walau bagaimanapun bertegas bahawa kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk menyembunyikan perkara ini dari pihak umum apabila ia melibatkan ramai pakar-pakar, banyak negara, agensi-agensi dalam dan luar negara dan pihak-pihak berkepentingan samada dari dalam atau luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan