Sabtu, 3 Mei 2014

Media tidak provok kumpulan anarki kelmarin, kata mangsa

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jurukamera yang menjadi mangsa keganasan peserta Himpunan Bantah GST pada Khamis mendakwa pihak media tidak melakukan apa-apa provokasi terhadap sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'Kumpulan Anarki'.  
 
Mohd Zul Iskanda Mohd Hanafiah yang bertugas di Xinhua News Agency berkata kejadian itu berlaku begitu pantas.
 
Ujarnya, sebaik sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai berucap, sekumpulan anak muda tiba-tiba muncul dan berarak di Dataran Merdeka.
 
Mereka kemudiannya membakar bom asap dan bertindak agresif tanpa sebab.
 
"Tiba-tiba dia (kumpulan) itu menjadi agresif. Mereka tolak tolak semua wartawan sampai betul-betul bangunan Sultan Sulaiman mereka tiba-tiba 'naik gila' terus terajang wartawan (di sekeliling mereka).
 
"Tiba-tiba mereka datang dan sepak saya. Mula-mula mereka laung 'fuck media' berulang kali. Jadi saya pergi depan muka dia dan saya tanya 'apa yang fuck medianya ?' 
 
"Lepas itu salah seorang daripada mereka tepis kamera saya sampai jatuh 'landscap kamera' saya. Saya suruh dia ambil balik dan saya kira selesailah masa tu. Tiba-tiba mereka agresif balik dan masa mereka tunjuk isyarat lucah depan media. Tak semena-mena masa itulah saya disepak dua kali dan tumbuk kamera saya," jelas Zul. 
 
Ketika keadaan semakin tegang, Zul berkata beliau berundur ke belakang untuk selamatkan kameranya dan pada masa itu, kumpulan yang berpakaian hitam dan bertopeng itu menyerang media di sebelah kanannya pula.
 
"Salah seorang daripada mereka melambung kayu bendera macam tombak ke arah media. Saya hampir terkena. Nasib baik ada Unit Amal ataupun geng-geng protester yang tolong sambut.
 
Ujarnya, anak-anak muda itu dipercayai bergabung dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk membentuk satu kumpulan yang lebih besar bagi berdepan dengan media.
 
"Lepas simpang empat dekat jalan menuju ke Masjid Jamek, ada satu lagi provokasi mereka buat.
"Kami (media) tunggu di situ untuk lihat muka mereka yang nak cabar kami tadi. Mereka bawak geng-geng SAMM untuk provikasi kami.

Saya kenal budak-budak itu. Mereka ada kaitan dengan (aktivis mahasiswa) Adam Adli. Sebab saya pernah ikuti perkembangan mereka. Mereka pernah berkhemah di Dataran Merdeka dulu. Sebab itu saya kenal mereka," ujarnya.
 
Zul bagaimanapun tidak membuat laporan polis berikutan tiada sebarang kecederaan di alaminya.
 
Selepas Himpunan Bantah GST tamat, negara dikejutkan pula dengan insiden media yang sedang bertugas dikasari.
 
Selain Zul, tiga lagi petugas media dilaporkan menerima nasib yang sama.
 
Mereka adalah jurufoto HCK Media (mewakili akhbar mingguan perniagaan Focus Malaysia, akhbar mingguan The Heat dan portal theantdaily.com) Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk peserta himpunan.
 
Manakala, jurufoto The Malaysia Reserve, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu dalam kejadian tersebut.
 
Perbuatan tidak bertamadun itu kemudiannya di kecam Gerakan Media Marah (GERAMM) dan Persatuan Jurugambar Berita Malaysia (MPPA). 
 
Untuk rekod, Himpunan Bantah GST dianjurkan pembangkang kononnya untuk mendesak kerajaan menarik balik pelaksanaan GST pada April 2015.
 
Bagaimanapun himpunan itu gagal mencapai matlamatnya, menurut pemerhati politik sebaliknya menjadi medan mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan hukuman penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: