Isnin, 19 Mei 2014

Lagi pemimpin Umno dibidas di Facebook

Tindakan Razali Ibrahim mencabar Dyana Sofya supaya menggesa MCA menutup UTAR tidak disenangi rata-rata pengguna laman sosial tersebut. 

0104-facebook_full_380
PETALING JAYA: Pengguna Facebook hari ini membidas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim atas cabarannya supaya Dyana Sofya Mohd Daud menggesa MCA menutup Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Cadangan Razali kepada calon DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan itu nyata tidak disenangi oleh pengguna Facebook dimana lebih 100 komen yang ditinggalkan menggambarkan ketidak puasan hati mereka.

Seorang pengguna laman sosial itu yang menggunamakan nama Chan Kong Art meninggalkan komen berbunyi ” Kayu!!!!….UTAR open doors to all…that is the difference (UTAR buka pintu kepada semua kaum…itu perbezaannya”.

Chuah Siew Hooi pula menulis “UTAR is no monopoly by Chinese only, UTAR do accept non Chinese students. Razali please do homework before talking. (UTAR tidak dimonopoli oleh Cina sahaja, UTAR juga menerima pelajar bukan Cina. Razali, tolong buat kerja rumah dulu sebelum bercakap)”.

Ada juga sesetengah pengguna yang kecewa kerana Razali memainkan isu perkauman dalam hal ini.
“Sampai bila ini cerita racist (rasis) mau main hah ? BN punya menteri mentality (metaliti) betul-betul low class (taraf rendah) laa. Kalau menteri BN ada standard takan cakap mcm ni. Haprakk !!!!!!!”, tulis Nor Hasanul Azam Abdullah.

Rosni Abu pula mempersoalkan siapa yang memberi pengiktirafan kepada UTAR, ” Zali ooiii…Sape yang menaik taraf UTAR dari kolej ke universiti ? DAP ke ?” soalnya.

Seorang pengguna yang menggunakan nama A Rahim Jaffar pula mecabar Razali untuk menggesa MCA sendiri untuk menutup UTAR.

Semalam, Razali dilaporkan berkata ““Jika dia (DAP) sanggup mempersoal dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, kenapa dia tak suruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimonopoli satu kaum bukan Melayu ditutup?” katanya.

Dyana yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM sebelum ini dilaporkan berpendirian bahawa satu institusi pengajian tinggi awam seperti universiti itu perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Tiada ulasan: