Selasa, 26 November 2013

Unisel, IPT pertama terima Sijil Green 5-S Program

SELANGOR KINI


Pada 15 November 2013 dalam Majlis SIRIM Industri 2013 bertempat di Sunway Resort Hotel & SPA, UNISEL telah dianugerahkan pensijilan Green 5-S Program oleh SIRIM Berhad.

Naib Canselor UNISEL, Prof. Dr. Hj. Anuar bin Hj. Ahmad, telah hadir dalam majlis tersebut untuk menerima sijil 5S hijau bagi pihak UNISEL. Dengan penganugerahan ini UNISEL adalah Institut Pengajian Tertinggi (IPT) yang pertama di Malaysia menerima sijil ini daripada SIRIM Berhad.

Unisel-Grafik

Usaha mendapatkan persijilan ini bermula dengan pelantikan Jawatankuasa Pemandu Pensijilan Green 5S UNISEL, pada 23 Januari 2013 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd. Nasir bin Saadon.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh kakitangan daripada tiga jabatan di UNISEL iaitu Fakulti Sains dan Bioteknologi, Pejabat Kewangan serta Pejabat Pengurusan dan Sumber Manusia.

Bagi menjayakan pensijilan ini jawatankuasa serta kakitangan daripada ketiga-tiga jabatan telah menghadiri tiga kursus yang dianjurkan oleh SIRIM Berhad. Kursus-kursus itu ialah: 5S – ke arah amalan persekitaran berkualiti (pengiktirafan pensijilan Green 5S pada Januari 2013, Audit 5S Blue Belt pada Febuari 2013 dan Pengurusan, Pelaksanaan dan Pemeliharaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S SIRIM pada April 2013. Ke Semua kursus ini dijalankan di kampus UNISEL Bestari Jaya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh ketiga-tiga jabatan untuk memastikan kejayaan pensijilan ini. Antara aktivitinya ialah: Big Cleaning Day peringkat UNISEL dan peringkat Jabatan, Pertandingan Kebersihan peringkat UNISEL dan peringkat Jabatan, Pertandingan Sistem Fail dan Pertandingan Sudut 5S. Program ini bukan saja melibatkan kakitangan ketiga-tiga jabatan malah pelajar dan pencuci juga turut dilibatkan.

Kemuncak kepada pensijilan ini ialah penilaian pengiktirafan bagi Skim Pengiktirafan 5S Hijau SIRIM oleh auditor-auditor SIRIM pada 8 dan 9 Julai 2013.

Penilaian ini telah dijalankan di kedua-dua buah kampus UNISEL. Dan hasilnya ialah penganugerahan Green 5-S Program oleh SIRIM kepada UNISEL pada 15 November 2013.

Objektif utama adalah untuk memastikan semua kakitangan dan pelajar UNISEL mengamalkan persekitaran tempat kerja dan belajar berkualiti mengikut piawai yang ditetapkan dalam Green 5-S Program.

Dengan pengamalan sistem ini akan memastikan keselamatan kakitangan dan pelajar UNISEL, menjimatkan tenaga elektrik dan air, mengurangkan pembaziran, menjaga keharmonian alam sekitar dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan fasiliti di UNISEL.

Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan

Tiada ulasan: