Jumaat, 8 November 2013

Tuan Ibrahim tanding naib presiden PAS


MALAYSIA KINI
 
 
 
Ulama terkenal PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk bertanding jawatan naib presiden parti Islam itu dalam pemilihan kali ini, walaupun turut dicalonkan ke peringkat timbalan presiden.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara ahli jawatankuasa, naib presiden dan timbalan presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai naib presiden dalam muktamar PAS ke-59 kali ini.

"Penerimaan ini adalah seimbang bagi merai kehendak kawasan yang mencalonkan saya sebagai ahli jawatankuasa Pusat PAS dan timbalan presiden," katanya.

Pengumumannya itu sekali gus dilihat melegakan Mohamad Sabu yang mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, ia pasti memberikan tamparan hebat kepada ketiga-tiga penyandang naib presiden sedia ada.

Tiga naib presiden PAS kini disandang oleh Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa.

Penyertaan Tuan Ibrahim dilihat penting bagi merebut kembali kelompongan ulama dalam kerusi nombor dua parti yang gagal dimenangi dalam pilihan lalu, setelah menguasainya untuk tempoh sekurang-kurangnya sepuluh tahun terakhir.

Dilihat pesaing terbaik proulama
Daripada sudut peluang, Tuan Ibrahim dilihat tokoh terbaik bagi menggalas tugas itu berbanding ulama heavyawight PAS lain yang turut dicalonkan, iaitu Mohd Amar Nik Abdullah, Idris Ahmad dan Abu Bakar Chik.

NONEMohd Amar pula mungkin tidak menyertai persaingan ini selepas dilihat cenderung bertanding di peringkat timbalan presiden.

Manakala Idris pula disebut-sebut pengamat politik PAS sebagai bakal bertanding kerusi jawatankuasa pusat sahaja.

Setakat ini, hanya Abu Bakar (kiri) dan Salahuddin sahaja yang menyatakan pendirian bertanding jawatan itu

Dalam kenyataannya dari Doha, Qatar, Tuan Ibrahim menjelaskan, beliau memutuskan bertanding jawatan naib presiden tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, berdasarkan penilaian terhadap
kemampuan sendiri.

Keputusan itu juga, tambahnya, mengambil kira tugasnya sebagai pesuruhjaya Pahang, yang memerlukan tumpuan gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berharap supaya penyokong PAS tidak masuk ke "perangkap" untuk memecahkan perpaduan dalamalan parti itu.

Menurutnya, semua pihak tidak kira aktivis, ulama atau profesional, semuanya memainkan peranan penting menyatupadukan parti.

Tarikh akhir penerimaan pencalonan ditetapkan hari ini.

Tiada ulasan: