Sabtu, 9 November 2013

Siapa yang mengaku negara ini selamat di diami.....angkat tangan!

ASPAN ALIAS


Kejadian merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang ‘expat’ bahasa itu. Jika dambil berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di mana kah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami?

Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di mana kah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat? Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang di alami oleh Sarah Joseph ini? Jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang di curi orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang palig tidak boleh di fahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang di beri makan oleh ibunya.

Apakah malang atau sialnya duduk di negara seperti ini? Jika anak dalam pangkuan ibu  pun boleh di rampas apakah kesalahan yang lebih buruk dari itu yang akan di lalui oleh masyarakat biasa di bawah ini?

Apakah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Menterinya akan lakukan? Apa yang di fikirkan oleh Ketua Polis Negara atau sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal isu keselamatan seperti ini? Apakah cukup dengan kita berdoa sahaja atau ada cara yang perlu di lakukan untuk memberikan keselamatan kepada rakyat dan manusia yang mendaiami negara ini?

Tahap keselamatan di negara ini lebih jauh rendah dari keselamatan di negara Afrika dan negara yang berperang di timur tengah. Apakah operasi cantas tidak boleh memberikan jaminan tentang kedelamatan negara kita.

Jika semuanya ini tidak dapat mengurangkan kerja jenayah seperti ini tolonglah berikan cara untuk menjaga keselamatan diri kami dan anak-anak serta keluarga kami. Apakah perlu kita berkurung dalam rumah dengan pagar besi dan pengawal keselamatan di rumah dan di pinyu rumah kami?

Jika ada pun kemampuan untuk mengupah pengawal keselamatan kita, bolehkah kita percaya dengan pengawal keselamatan itu sendiri, kerana terlalu banyak kes pengawal keselamatan sebaliknya yang membawa pada dan celaka kepada mereka yang mengupahnya?

Sampai bila rakyat mesti hidup dalam keadaan takut dan tertekan ini. Apa yang berlaku terhadap Sarah Joseph semalam itu bukan sahaja memberikan tekanan terhadap wanita expat’ itu, tetapi perasaan tertekan itu di rasakan oleh semua orang yang mendengar tentang kejadian ini. Pendeknya semua rakyat yang mempunyai jiwa yang hidup akan tertumpang merasa sedih dan tekanan hidup itu.
Siapakah yang akan keluar untuk mengemukakan cara penyelesaian tentang isu keselamatan ini? Jika di nilai dari kemampuan pimpinan yang ada hari ini, penyelesaiannya tetap jauh dari pandangan kita.

 Masing-masing masih tercari-cari penyelesaian isu yang sedia ada.

Di peringkat tertinggi negara, kita sedang menghadapi isu intipan negara kuasa besar terhadap keselamatan negara kita. Dalamm masa yang sama acaman secara pisikal dari musuh luar negara berlaku di Sabah baru-baru ini dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh dipandang remah dan di anggap sebagai masalah yang ‘trivial’.

Pencerobihan terhadap negara buka sahaja datang dari luar tetapi juga datang dari dalam negara. Pencerobohan terhadap khazanah rakyat tidak juga dapat di hentikan dan yang berlaku semalam adalah penserobihan terhadap keselamatan rakyat di setiap daerah kariah dan mukiom. Malahan masalah keselamatan negara berada di setiap peringkat dan tidak mudah di seesaikan dengan kepimpinan yang ada pada hari ini.

Malahan banyak yang berpendapat yang pimpinan hari ini merupakan agen yang memberi nilai tambah kepada keadaan bahaya yang sedang di hadapi oleh rakyat dan negara keseluruhannya.

Kejadian buruk yang di alami oleh Sarah Joseph semalam menunjukan betapa seriusnya isu keselamatan negara sekarang ini. Keadaan ini belum pernah berlaku dan ini merupakan zaman yang paling getir yang negara hadapi sejak zaman merdeka dahulu, malahan tahap keselamatan rakyat adalah lebih rendah dari keselamatan zaman ancaman pengganas komunis dahulu.

Semakin ramai yang bercakap tentang agama semaki teruk tahap ketuhanan kita,semakan ramai yang bercakap tentang isu rasis semakain teruk hubungan di antara kaum dan lagi banyak orang bercakap tentang kemajuan negara semakin mudur negara kita ini.

Semakin ramai pemimpin yang meminta kita yang meminta rakyat menukar cara hidup yang berwasatiah semakain besar peruntukan Perdana Menteri untuk membinasakan wang rakyat melalu perbelanjaan yang boros.

Tiada siapa yang bercakap benar lagi dan tiada siapa yang mempunyai hati dan jiwa untuk melihat orang lain hidup dalam keadaan yang aman dan damai.

Tiada ulasan: