Isnin, 4 November 2013

SELEPAS DI KANTOIKAN ...

omakkau.blogspot.com

 

SELEPAS DI KANTOIKAN ... FB JAMIL KHIR BAHAROM DAH PADAMKAN GAMBAR-GAMBAR KONONNYA 351 AHLI PAS MASUK UMNO?



Asalkan pemimpin UMNO pasti terlibat dalam penipuan tidak kiralah siapa termasuk berlatarkan belakangkan pendidikan Agama..

Inilah yang terjadi .. bila dah di londehkan betapa Jamil Khir Baharom, Menteri Jaga Agama Kerajaan UMNO 1M'sia turut menipu dalam insiden kononnya 351 ahli PAS melompat dalam UMNO adalah penipuan yang nyata, jijik dan tidak bermoral.... kini masih lagi mau menyatakan kononnya memang benar seramai 351 ahli PAS melompat masuk kedalam UMNO.

Omak Kau belek-belek akaunnya rakaman gambar masih lagi tidak dipadamkan.

UMNO KALAU TIDAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA.

Rupa-rupanya, Jamil Khir yang dijulang UMNO sebagai ulamak ternyata seorang penipu. Malah beliau telah memuatnaik gambar-gambar penyerahan borang di majlis itu di dalam facebooknya di album Majlis Berani Hijrah. Cukup menjijik dan memalukan.

Sebelum ini Bernama telah melaporkan kononnya sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai UMNO..

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Menteri Agama yang kemudiannya dilaporkan pula oleh Bernama itu adalah satu pembohongan semata-mata, kerana individu yang dimaksudkan oleh Jamil Khir telah menafikannya..

Seorang ahli PAS, Ismail Said mendedahkan bahawa beliau telah ditipu kononnya telah menyertai UMNO dengan "penyerahan borang" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sedangkan sebenarnya beliau ke majlis itu kerana telah dijemput untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.

Drama ahli PAS masuk Umno di Sg Limau dibongkar

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya ~ Harakahdaily

Walaupun pihak UMNO dengan megah dan bangga mengatakan hasil culaannya dengan bantuan para wanita UMNO dengan squad sayang, Puteri UMNO dengan aktiviti kejar itik di bendang, Pemuda UMNO aktiviti merempit dan UMNO induk tabur janji projek kata BN akan menang bergaya sekurang-kurangnya 600 undi majoriti tetapi masih sanggup ada Menteri taraf ":Ulama" konon yang sanggup buat kerja menipu!!!

Tiada ulasan: