Selasa, 12 November 2013

PENIPUAN TERBESAR UMNO

Oleh Stephen Ng, Stan Lee, Malaysia Chronicle




CUBALAH TEKA, apakah lawak paling besar sekali! UMNO sebenarnya minoriti di negara ini, namun ia terus berlagak seperti samseng sejak zaman Dr Mahathir Mohamad dahulu. Poyo sungguh!

Analisa ini diketahui apabila berhadapan dengan situasi yang pelik tapi benar, dimana seorang lelaki berusia 50-an dan kami berdua apabila bertanya kepada seorang penjual surat khabar berbangsa India di kedai Mamak kegemaran kami jika dia ada menjual akhbar Harakah edisi terkini.

Kita semua tahu bahawa Harakah merupakan lidah rasmi PAS, dengan permit penerbitan dari Kementerian Dalam Negeri,tetapi apabila penjual akhbar teragak-agak mengeluarkan akhbar mingguan itu dari rak yang tersembunyi, kami bertanya “kenapa perlu disembunyikan?”

Adakah Umno begitu berkuasa sehingga kita semua perlu tunduk kepada kemahuannya? Jadi, kami memutuskan untuk menyelidiki beberapa orang tokoh untuk mengetahui jika Umno berhak memanggil dirinya sebagai wakil kaum majoriti di Malaysia.

Penipuan Umno yang terbesar

Umno telah memerintah negara ini sejak 1957. Dominasinya dalam politik Malaysia tidak banyak dipersoalkan sejak 15 yang lalu, malah sejak ketua pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Presiden Umno Baru ketika itu Dr Mahathir sedang bergelut untuk berpaut pada kuasa walaupun ahli-ahli Umno sedang memulaukannya untuk memulakan pergerakan reformasi yang meletakkan keadilan dan kesaksamaan sebagai tunggak. Pergerakan itu telah bertukar menjadi parti yang dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika bukan kerana sokongan komuniti Cina dan India, Dr Mahathir dan UMNO Barunya mungkin telah diusir keluar pada tahun 1998 lagi.

Selepas pembebasan Anwar pada tahun 2004, ketiga-tiga parti terbesar dalam pakatan pembangkang- PAS, PKR dan DAP bersatu dan membentuk pakatan politik baru yang berjaya meraih sokongan yang mencukupi untuk merampas kuasa di 5 negeri di Semenanjung Malaysia pada pilihanraya umum tahun 2008.

Apa yang dikenali kemudian dengan nama tsunami politik 2008, telah membuka mata sebahagian besar populasi di negara ini. PAS bukan lagi dilihat sebagai ancaman kepada komuniti Cina.
Akhirnya, orang Melayu sedar bahawa DAP yang didominasikan oleh Cina bukanlah terdiri daripada Komunis dan Kristian semata-mata.

Pilihanraya umum 2013 ataupun PRU ke-13 juga menjadi pembuka mata. Pakatan Rakyat pimpinan Anwar telah berjaya mendapatkan undi popular, memperolehi 52% daripada jumlah undi berbanding UMNO dan Barisan Nasional, yang hanya berjaya mendapatkan 47% daripada jumlah keseluruhan.

Brainwash dan perbuatan menakut-nakutkan

Namun begitu, masih ramai rakyat biasa yang takut untuk menyatakan sokongan terbuka kepada pihak pembangkang, walaupun keadaan ini sedang berubah dengan begitu cepat. Inilah sebabnya kenapa pemerintahan sekarang dibawah Perdana Menteri Najib Razak sedang giat berusaha untuk mengembalikan semula undang-undang jumud yang zalim bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjadi pak turut.

Ini juga hasil perang psikologi yang telah dilancarkan oleh UMNO sejak bertahun lamanya. Ia telah menjadi mitos bahawa mereka berada dalam kuasa kerana mewakili populasi majoriti. Sebaliknya, jika anda menganalisa dengan lebih jauh, kebenaran akan terungkai dengan sendirinya.

Walaupun kerajaan Umno mahu kita percaya bahawa kaum Bumiputra mewakili sebanyak 68 peratus daripada populasi negara, sebenarnya Umno hanya mempunyai lebih kurang 3 juta ahli yang menjadikan mereka terdiri daripada 11 peratus sahaja daripada populasi negara. Ini jika anggaran Umno terhadap ahlinya adalah benar dan bukan ditokok tambah sahaja.

68 peratus yang berada dalam statistik rasmi kami termasuk Bumiputra seramai 3.5 juta di Malaysia Timur, dimana majoriti mereka adalah orang Kristian yang tidak layak untuk menjadi ahli UMNO.
Golongan ‘mamak’ atau India Muslim seperti Dr Mahathir dan Sharizat Jalil hanya mewakili sebahagian kecil populasi ‘Melayu’.

Orang Melayu, walaupun termasuk orang Melayu Banjar, Minangkabau, Indonesia dan Melayu di Malaysia Timur hanya berjumlah 15 juta berbanding populasi seramai 27 juta pada tahun 2010.


Melayu Umno mewakili 20% daripada jumlah populasi Melayu, 11% daripada populasi Malaysia!

Pada jumlah 3 juta, ahli Umno hanya mewakili 20 peratus daripada populasi Melayu. Yang lain adalah sama ada ahli parti politik seperti PAS dan PKR, atau mereka yang tidak menyokong mana-mana parti dan berdiri diatas pagar.

Menariknya, apabila isu Allah telah menjadi perdebatan hangat, UMNO cuba untuk menjadi wakil kepada populasi Islam walaupun pemimpin seperti Anwar dan juga Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah jika kena pada tempatnya.

Semasa berkempen untuk jawatan timbalan naib presiden, penyandang jawatan, Ahmad Zahid Hamidi sungguh lantang. Bagi Umno, dia dinobatkan sebagai hero. Namun bagi seluruh rakyat yang lain, dia merupakan ‘Melayu ultra’, namun persoalan yang bermain diminda kita adalah kenapa dia begitu berani untuk menjatuhkan reputasinya demi merebut jawatan timbalan naib presiden itu? Adakah benar dia mewakili majoriti jiran dan sahabat Melayu kita?

Adakah Najib Abdul Razak, perdana menteri kita, telah dilantik kerana undi majoriti ataupun sebenarnya oleh 24 orang ahli majlis tertinggi UMNO sahaja?

Mungkin inilah kenapa Najib, gagal memenangi hati rakyat walaupun telah berusaha separuh mati, jika dibandingkan dengan Abdullah Badawi yang hanya melaungkan slogan mudah, “Bekerja dengan saya dan bukan untuk saya!”

Umno itu sendiri sudah berpecah

UMNO telah menggunakan kaum-kaum lain seperti tempat untuk melepas geram. Inilah sebabnya, bila ada peluang, masyarakat lain akan membalas dendam terhadap UMNO. UMNO tidak pernah hidup dengan aman bersama kaum lain.

Malah dalam UMNO Baru, tidak seorangpun ahlinya, bersependapat dengan kepimpinan yang ada sekarang. Seorang pakcik yang berumur pernah memberitahu kami, "Anak muda, pada masa lalu, orang Melayu lebih banyak berbicara tentang Islam. Hari ini, mereka berbicara tentang wang. "

Seperti rakan-rakan Melayu yang lain, beliau memberitahu kami bahawa para pemimpin bahagian UMNO akan "membuat kacau" (menakut-nakutkan) keatas dirinya, jika beliau dilihat menyokong Pakatan Rakyat.

Daripada 3 juta ahli, kami percaya bahawa ramai yang menyertai Umno untuk mendapatkan kontrak kerajaan – seperti kes bekas bos kami yang pernah berkata, "Saya hanya mendaftar sebagai ahli MCA selepas dipaksa berkali-kali, tetapi sebenarnya, saya telah mengundi DAP seumur hidup saya! "

Panglima Umno takut kepada kaum minoriti, bergantung kepada raja M'sia Timur seperti Taib Mahmud

Yang lain dalam UMNO mempunyai pandangan yang berbeza dan sebenarnya memusuhi Kumpulan A , yang masih menguasai parti sejak 1987 apabila UMNO Baru ditubuhkan oleh Dr Mahathir.
Seperti mana-mana parti politik yang berkuasa, terdapat kelompok lain dalam UMNO yang cuba untuk merebut kuasa.

Dalam Kumpulan A, ada puak popular yang terdiri daripada sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, serta pasukan bapa dan anak Mahathir Mohamad dan Mukhriz yang ingin berkuasa.

Kumpulan Abdullah Badawi - Khairy Jamaluddin merupakan kumpulan yang menjadi penonton dan menunggu peluang selepas Badawi , iaitu dari Kumpulan B yang telah disingkirkan oleh Dr Mahathir.

UMNO tidak takut kepada mana-mana masyarakat etnik yang lain. Sebaliknya mereka lebih takutkan orang-orang seperti Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud jika mereka meninggalkan BN.

Atas sebab ini, walaupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah beberapa kali mendesak, kerajaan pimpinan UMNO tidak akan menyiasat Taib. Ia bukanlah kerana kerajaan tidak mempunyai bukti yang cukup , sebaliknya, ia adalah kerana Taib tahu bahawa UMNO umpama lembu yang dicucuk hidung dan dialah yang sedang memegang rantai itu.

80/20 Penguasaan

Oleh kerana politik wang tidak pernah menjadi isu di dalam UMNO Baru, kini, dengan mengetahui bahawa Najib mempunyai pengaruh yang lemah ke atas parti itu, pihak akar umbi UMNO boleh menuntut ‘gaji’ lebih untuk kerja-kerja dimana mereka perlu laksanakan.

Di peringkat akar umbi, ini adalah tiket mereka untuk mengaut kekayaan dari khazanah negara, terutamanya apabila kekayaan haram yang dirompak oleh beberapa orang elit UMNO mencapai sehingga berbilion-bilion ringgit. Lagipun, apalah saja nilai berjuta-juta ringgit lagi?

Pemimpin UMNO tahu bahawa mereka tidak boleh terus berada dalam kuasa jika kedudukan mereka tergugat. Oleh itu, mereka sanggup melakukan apa saja untuk meraih sokongan akar umbi mereka.
Sehinggalah 80 peratus daripada penduduk mula sedar bahawa 20 peratus yang terdiri daripada "elit UMNO" yang menentukan kehidupan mereka, kestabilan negara ini akan terus menjunam ke bawah skala.

80 peratus yang menjadi majoriti merupakan rakyat yang terdiri dari semua bangsa dan mereka bukanlah ahli UMNO. Mereka ingin melihat negara ini mencapai impiannya – menjadi progresif dan makmur, serta bebas daripada rasuah.

Umno bergantung kepada ekstremisme bukan mengambil jalan tengah untuk kekal menguasai kekayaan negara

Kelicikan UMNO mudah sahaja jika diperhatikan, mereka perlu kekal dalam kuasa. Oleh itu, mereka perlu mencari jalan untuk kekal berkuasa. Walau bagaimanapun, kita tidak melihat sebarang langkah kukuh yang diambil untuk berdamai walaupun sebuah pilihan raya yang jelas menunjukkan perpecahan rakyat telah diadakan pada 5 Mei 2013.

Tambahan lagi, Najib yang sedang berusaha untuk mengukuhkan kuasanya ke atas Umno , telah berpusing 360 darjah dari kedudukannya yang menjanjikan politik kesederhanaan, untuk kembali ke fahaman politik beraliran kanan. Malah, Umno boleh dianggap sebagai parti pelampau. Terdapat tanda-tanda jelas bahawa mereka mengamalkan dasar politik ala Nazi dengan menggunakan kekerasan untuk menghidupkan sistem apartheid dalam tadbir urus dan pengagihan kekayaan di negara ini.

Tidak hairanlah apabila bekas menteri Saifuddin Abdullah mengakui Umno telah beralih ke aliran kanan, sambil membuatkan hadirin ketawa dan mencemuh. "Hingga ke satu tahap, ya, parti itu telah bertukar menjadi parti beraliran kanan. Sekarang kita benar-benar perlu memperbetulkan ini, terutama setelah pemilihan Umno sudah berakhir. Beberapa pemimpin Umno, selepas pilihan raya, telah cuba untuk memahami apa yang berlaku dalam PRU ke-13 . Untuk sesetengah pihak, ia menjadi pengalaman yang membawa trauma," kata Saifuddin, bekas timbalan menteri pengajian tinggi.

Ini adalah reaksi daripada dua pemimpin Melayu - bekas menteri undang-undang Umno Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Menteri Perak Nizar Jamaluddin.
Maaf sahabatku Saifuddin , UMNO bukan hanya menyimpang ke kanan ; Umno telah terlampau ke kanan - Zaid menulis dalam tweetnya . Apa yang melampau ke kanan? Mereka menjadi parti perkauman yang sebenar ! Sebab itulah kita sering menyaksikan dan mengalami ketidakadilan hari demi hari ! - Nizar membalas dalam tweetnya .

Tiada ulasan: