Ahad, 24 November 2013

Pemilihan PAS: Perwakilan memilih tokoh, bukan kumpulan

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Mohamad Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua, dianggap sebahagian daripada kumpulan digelar 'Erdogan'. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 November, 2013.Mohamad Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua, dianggap sebahagian daripada kumpulan digelar 'Erdogan'. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,
























Akhirnya, selepas siri kempen yang disifatkannya sebagai paling sengit dalam sejarah 35 tahun penyertaannya dalam PAS, Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua.

Beliau berjaya menang dalam pertembungan sengit dengan calon yang pro ulama iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Mohd Amar pula 490 undi.

Sehingga analisa ini ditulis, Jawatankuasa Pemilihan PAS menangguhkan pengumuman untuk jawatan Naib Presiden kerana pengiraan terpaksa dibuat semula berikutan keputusannya yang sangat sengit.

Mengiringi Mohamad Sabu adalah 11 rakan-rakan beliau yang dikira kumpulan "Erdogan" dalam Jawatankuasa PAS Pusat dari 18 yang menang.

Mereka adalah Mazlan Aliman, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Dr Syed Azman dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Kumpulan pro ulama pula berjaya menghantar seramai empat tokoh muda mereka ke dalam Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Nasrudin Hassan, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Zawawi Salleh dan Dr Ridhuan Mat Nor.

Selain mereka berempat, tiga lagi yang menang yang dikira penyokong pro ulama adalah Idris Ahmad, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Nuridah Salleh.

Lima tokoh penting hilang dari senarai pemilihan kali ini setelah mereka tidak bertanding termasuklah allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Selain mereka adalah Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding Naib Presiden, Mohd Amar yang bertanding Timbalan Presiden, Abdul Ghani Shamsudin yang tidak bertanding dan Mohd Abdul Wahid Endut pesuruhjaya PAS Terengganu juga tidak bertanding.

Usaha menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Mohamad yang kontroversi dari awal untuk menyertai pasukan ini gagal apabila beliau hanya mendapat 326 undi sahaja sedangkan Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam yang bertembungnya menang dengan undi yang cukup baik iaitu 547 undi.

Namun begitu, dua hari lepas Zaharudin menang sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Kemenangan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu dan penyokongnya membayangkan kempen yang dibuat untuk memastikan jawatan ini diberikan kepada ulama ditolak oleh perwakilan PAS.

Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS di Alor Setar sebelum ini meluluskan resolusi agar jawatan timbalan presiden diisi ulama ditolak perwakilan.

Nampaknya perwakilan memilih individu yang mereka mahu bukan siapa yang diminta untuk mereka pilih.

Tiada ulasan: