Ahad, 17 November 2013

Muktamar PAS ke-59 disiar secara langsung

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Perjalanan Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada 22 hingga 24 November ini akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian.

Jabatan IT PAS Pusat (JITP)  juga telah memembangunkan laman web khusus untuk muktamar PAS ke-59  pada kali ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, JITP ditugas mengendalikan urusan yang berkaitan dengan akses internet dan lain-lain perkara berkaitan dengan IT  bagi memastikan kelicinan muktamar.

Pengarah JITP Suhaimi Embong, berkata, web muktamar-59 ini boleh diakses di alamat http://muktamar59.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan dengan muktamar, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara berkaitan dengan muktamar yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

“Web muktamar ke59  ini diadakan bagi tujuan untuk memudahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta rakyat Malaysia mendapat maklumat berkaitan dengan muktamar PAS melalui sumber-sumber rasmi parti secara langsung” katanya yang juga Ketua jawatankuasa IT Panitia Muktamar.

Tiada ulasan: