Kawasan kampung dan separa bandar bukan lagi menjadi simpanan tetap BN pada pilihan raya umum akan datang memandangkan kedudukan geopolitik kawasan itu berubah pada hari mengundi, kata bekas timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Temerloh berhujah dengan menggunakan kawasannya sendiri di Pahang dan parlimen Bachok di Kelantan bagi menyokong pandangannya.
"Di Kelantan, secara geografi dua pertiga kawasannya adalah kampung. Tetapi semasa pilihan raya ia bertukar menjadi dua pertiga kawasan separa bandar.
"Di Bachok, di mana Awang Adek (Husin) kalah, beliau kata disebabkan 16,000 pengundi balik mengundi pada pilihan raya itu. Tapi Bachok secara kasarnya adalah kawasan kampung," katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Saifuddin tewas kepada Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dengan majoriti sebanyak 1,070 undi. Temerloh yang mempunyai 66,105 pengundi berdaftar, adalah kerusi Melayu dengan 24 peratus pengundi Cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan