Ahad, 3 November 2013

Kajian: Kenaikan harga minyak, gula bakal menangkan PAS di Sg Limau


Rajah 1 - Demografi I


SUNGAI LIMAU : Kenaikan harga minyak, gula dan barang keperluan lain antara faktor penting pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau terus mengekalkan PAS.

Kajian Ilham Centre, sebuah badan penyelidik bebas mendapati 73 peratus responden di kalangan pengundi melabel kenaikan harga minyak sebagai tidak wajar.

Lebih separuh respondan meliputi 56 peratus juga menyifatkan BN gagal mengawal ekonomi negara dengan baik berikutan harga barang keperluan harian semakin naik.

Kajian antara 28 Oktober hingga 1 November itu juga menunjukkan 45 peratus responden menganggap penarikan subsidi gula yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, sangat tidak wajar.

Peratusan itu diperoleh berdasarkan soalan terhadap penyataan tertentu kepada 602 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Kajian sama juga menunjukkan 50 peratus respondan mengenali calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad berbanding calon BN, Dr Sohaimi Lazim (satu peratus) sebelum PRK itu lagi.

Peratusan yang mengenali Dr Sohaimi meningkat kepada lapan peratus ketika kempen tetapi ketinggalan di tangan Azam yang makin dikenali hingga mencapai 23 peratus.

Kajian turut mendapati 43 peratus faktor pemilihan calon ialah ketokohan individu dalam agama memihak kepada Azam berbanding Dr Sohaimi (tujuh peratus).

Pada kenyataan media hari ini, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar membuat kesimpulan sokongan pengundi kepada PAS antara 53 hingga 55 peratus manakala BN (antara 45 hingga 47 peratus).

“Tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam PRK Sungai Limau. Faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS,” katanya.

Ilham Centre ditubuh pada 2006 dengan menjalankan penyelidikan bebas dan menggunakan kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. – FZL

Tiada ulasan: