Jumaat, 1 November 2013

Flat Kerinchi terbakar, MP Lembah Pantai lancar derma kilat

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melancarkan tabung derma kilat bagi membantu mangsa kebakaran di Flat PKNS 17, Kampung Kerinchi.

Kerinchi


“Flat PKNS 17 tingkat alami kebakaran. Makluman untuk penghuni dan penduduk setempat. Innalillah.

“Saya sedang berusaha untuk mengutip derma untuk membantu keluarga-keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Flat PKNS 17 Tingkat petang tadi.

“Sumbangan boleh dibuat melalui Akaun Ahli Parlimen Lembah Pantai,” tulis Nurul Izzah di laman facebook.

Derma boleh dibuat melalui transaksi di Maybank (Bangsar Baru) di akaun bernombor 564128345008 atas nama ”Ahli Parlimen Lembah Pantai”

Penderma turut diminta menghantarkan gambar resit transaksi kepada pejabat@nurulizzah.com untuk pengesahan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang tadi, kebakaran memusnahkan kira-kira enam unit rumah di tingkat 17 flat tersebut.

“Semoga mangsa-mangsa diberikan kekuatan dan tabah menghadapi musibah yang melanda. Sama-samalah kita doakan, ya,” katanya.

Tiada ulasan: