Jumaat, 1 November 2013

Ayah Ahmad Shabery pun orang PAS

 
Sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah.




PETALING JAYA: Seorang wartawan veteran, Subky Latif mendakwa bukan sahaja ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir orang PAS, malah ayah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery pun orang PAS.

Dalam tulisannya yang berjudul “Syukur Pak Baharom ahli PAS Sungai Limau” dalam www.harakahdaily.net , Subky menulis, “ Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga  PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi  orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya”.

Tulisnya lagi, sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Subky menulis, jika tidak kerana PRKl Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa  Jamil Khir adalah anak seorang ahli  PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu..

Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya.

“Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat mendidik anak hingga ke Universiti Azhar,  Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu,” tulis Subky.

Beliau menambah, bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ.

“Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka  dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain,” tulisnya lagi,

Beliau menyambung, bukan Pak Baharum  saja orang PAS  yang anaknya tidak jadi ahli PAS.
“Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno.

Pertama Datuk Abu Samah, anaknya Datuk Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Datuk Mohd  Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno,” tulisnya lagi.

Tiada ulasan: