Jumaat, 8 November 2013

Ada isu besar negara bakal meletup?

MSO

 
Mengejutkan! Perkembangan terbaru mengenai satu isu membabitkan negara ini agak menarik dan mungkin boleh mengejutkan banyak pihak. Seperti mana dilaporkan oleh sebuah protal berita, kononnya Dr Mahathir Mohamad kini sedang memberi tekanan ke atas salah laku Pegaum Negara Abdul Ghani Petail yang disyaki terlibat dengan dua orang pegawai perisik risikan pusat (CIA) yang berkerja di pejabat Peguam Negara.

Isu ini adalah serius. Lapor portal berita itu juga, keraguan Mahathir terhadap tingkah laku Ghani Petail itu telah sampai ke pengetahuan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi. Dakwa portal itu Mahathir ada memanggil Zahid dan bertanya hal itu.

Zahid pula dilaporkan memberi jaminan akan menyiasat perkara itu. Apabila Mahathir sedia untuk memanggil Zahid ini bermakna tindakan Mahathir itu bukan bersifat peribadi tetapi demi negara.

Walaupun begitu perkembangan ini dilihat satu perancangan yang cukup rapi oleh pihak tertentu dalam mencorakkan politik negara ini. Isu serius itu memberi peluang terbaik kepada Mahathir untuk terus menyerang Najib Razak demi kepuasan naluri politiknya. Kalau ia benar isu ini merupakan rezeki buat Mahathir menjalankan agenda politiknya.

Kebelakangan ini Mahathir telah menyerang kepimpinan Najib secara senyap dan lantang dalam isu-isu tertentu seperti mengkritik pendekatan politik Najib dalam memastikan kemenangan UBN semasa pilihan raya umum lalu. Salah satu dikirik Mahathir ialah penggunaan wang BR1M oleh Najib yang dianggap sesuatu yang tidak memberi manfaat.

Boleh jadi apa dibangkitkan Mahahir ini serius dan membimbangkan. Beliau katanya sedia berjumpa semula dengan berberapa pegawai tinggi kerajaan yang selama ini agak 'renggang' dengannya. Hasil perjumpaan itulah terbongkar mengenai salah laku Ghai Petail ini?

Kita percaya beberapa hari lagi isu ini akan meletup.

Tiada ulasan: