Selasa, 28 Mei 2013

Putrajaya hanya mempunyai ruang untuk agenda sendiri, bukan kepentingan sempit

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang



ANALISIS,— Lebih dari tiga minggu dengan mandat baru, pentadbiran Najib hanya mempunyai sedikit ruang untuk menyediakan agenda sendiri atau membenarkan polisi mereka dikawal oleh sekumpulan kecil berhaluan kanan.

Walaupun Datuk Seri Najib Razak memulakan kerajaannya dengan konsep 1 Malaysia empat tahun lalu, beliau masih belum menggariskan keutamaan pentadbiran beliau selepas memenangi majoriti kecil dalam pilihan raya umum 5 Mei berbanding daripada Pilihan Raya 2008.

Kumpulan sayap kanan Perkasa sudahpun mendesak untuk sasaran kuota Bumiputera 60 peratus dan kuota kemasukan ke universiti, sekali ganda dari kuota 30 peratus sekarang, kerana peningkatan sokongan Melayu dalam pilihan raya.

Akan tetapi apakah sesebuah kerajaan itu terus bergerak ke kanan dan memberikan ganjaran kepada satu komuniti, atau meneruskan polisi 1 Malaysia yang menjanjikan lebih untuk semua berbanding kurang untuk sesetengah pihak?

Beberapa pemimpin Barat telah menghubungi Najib untuk mengucapkan tahniah kerana menang pilihan raya dan menggalakkannya untuk meneruskan reformasinya.

“Beliau telah digalakkan untuk meneruskan reformasi,” kata seorang diplomat Barat kepada The Malaysian Insider dan menambah akan ada lawtan tergesa-gesa bulan depan untuk mengukuhkan program itu.
Akan tetapi suara untuk menggalakkan perdana menteri keenam negara untuk meneruskan Model Ekonomi Baru (NEM) tidak begitu kuat di Malaysia di mana keputusan pilihan raya menjadikan keadaan lebih perkauman.

“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu,” tambah timbalan presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Abu Bakar merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan kemenangan lebih besar kepada Umno.

Beliau mengatakan, Barisan Nasional (BN) telah mendapat peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei, menyatakan Umno mendapat 88 daripada 133 kerusi Parlimen gabungan pemerintah itu, meningkat berbanding 79 kerusi dari 140 dimenangi BN pada Pilihan Raya 2008.

“Kita tidak meminta sesuatu yang tidak realistik,” kata timbalan presiden Perkasa itu.

Beberapa jam selepas pilihan raya tamat dan keputusan masih belum habis diumumkan, BN telah menyalahkan kelemahan mereka kepada “tsunami Cina” kerana mereka menang lebih banyak di kawasan pedalaman berbanding kawasan bandar, dimana majoriti penduduknya adalah Cina.

Akan tetapi, perindustrian pesat dan perbandaran sejak tahun 1970-an telah menyebabkan penghijrahan dari kawasan luar bandar dengan lebih ramai orang Melayu di pekan dan bandar-bandar, dan mereka juga tidak mengundi BN.

Antara kes contoh di Shah Alam, Selangor dimana calon PAS Khalid Samad mempertahankan kerusinya dengan majoriti lebih besar berbanding naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin yang bertanding di atas tiket BN dalam Pilihan Raya 2013.

Beberapa analisis awal juga mendedahkan selain daripada kehilangan undi Cina, BN juga kehilangan sebahagian undi Melayu di kubu mereka dan tempat lahir Johor, Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Akan tetapi tuntutan Perkasa meningkatkan kuota kaum akan menyebabkan kesukaran usaha Najib untuk melakukan reformasi dan menamatkan polisi berdasarkan kaum bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

Ia juga akan menjejaskan pelaburan luar terutamanya perjanjian perdagangan bebas di mana Putrajaya ditekan untuk menamatkan polisi afirmatif.

Akan tetapi Najib memantapkan pasukan ekonominya dengan membawa masuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai menteri unit perancangan ekonomi (EPU) untuk menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang tidak bertanding pilihan raya.

Beliau juga mengekalkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri pendidikan dan menambah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri pendidikan kedua yang kini menguruskan portfolio pendidikan tinggi.

Semua mata tertumpu kepada arah polisi dalam kedua-dua ekonomi dan pendidikan dan desakan Perkasa dan kumpulan serpihan lain akan mengurangkan lagi asas sokongan BN dalam pilihan raya akan datang.
Dan menukar menjadi satu lagi kitaran ganas menggalakkan tindakan selanjutnya untuk kepentingan komunal.

Putrajaya perlu bertindak sekarang di persimpangan jalan, sama ada untuk pergi ke jalan kepentingan sempit atau membiarkan pai yang lebih besar untuk dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia

Tiada ulasan: