Selasa, 28 Mei 2013
Pemimpin MCA tolak perjanjian Matang, cadangkan penangguhan EGM untuk selamatkan ahli parti
Menurut Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama dengan pemimpin kanan parti lain, mereka juga mencadangkan agar mesyuarat tergempar (EGM) Matang dibatalkan Jumaat ini.
"Kita dengan tegas mendesak EGM Matang Holding yang ditetapkan pada 31 Mei dibatalkan," kata Liow dalam satu sidang akhbar di sini, merujuk kepada mesyuarat dimana pemegang saham akan mengundi cadangan Matang untuk pengambilalihan berbalik firma elektronik tersenarai Scope Industries Bhd.
Pemegang terbesar saham Matang, syarikat milik MCA Huaren Holdings dengan saham kawalan 10.75 peratus, sementara dikalangan 19,984 pemegang saham minoriti dikatakan ahli MCA Johor dan sekutunya yang membeli saham pada 1981 dan telah membantu mengumpulkan RM50 juta.
Di bawah perjanjian RTO, Matang perlu memindahkan RM25 juta dalam bentuk tunai dan asset lain berjumlah berjuta sebagai pertukaran kepada saham Matang.
Akan tetapi Liow mengatakan Huaren milik MCA tidak boleh mengundi berkenaan cadangan RTO kerana ia melibatkan pelupusan aset parti.
Sebarang pelupusan ast parti mesti dibenarkan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada 42 ahli jawatankuasa pusat (CC), kata Liow dengan naib presiden Datuk Chor Chee Heung mengatakan ianya termaktub dalam seksyen 146 perlembagaan parti.
"Walau bagaimanapun, Bendahari Agung MCA tidak membentangkan cadangan kepada CC atau mendapatkan kebenaran," kata Liow.
Beliau menekankan syarat-syarat perjanjian "berat sebelah" dan "tidak menguntungkan" di mana pemegang saham Matang tidak akan dapat untuk melupuskan saham mereka selama empat tahun, sebelum berkata lembaga pengarah syarikat tidak menjelaskan perjanjian itu kepada mereka.
"Oleh itu, kami berpendapat Huaren Holdings, pemegang saham utama Matang Holdings, tidak harus mengabaikan kepentingan para pemegang saham minoriti. Tanpa kebenaran daripada parti, pemegang amanah Huaren Holdings tidak sepatutnya menggunakan hak mengundi mereka. Jika terdapat mana-mana pelanggaran, individu-individu yang berkaitan perlu bertanggungjawab sepenuhnya."
Liow mengatakan, Huaren seharusnya melihat kepada yang terbaik bagi pemegang saham minoriti.
"Gagal melakukan ini MCA akan mengecewakan ahlinya, terutamanya yang setia bersama saham Matang Holding lebih daripada 30 tahun. Ini boleh menjejaskan parti yang telah dihukum dalam pilihan raya umum baru-baru ini," kata Liow, dengan pandangan disokong oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA.
Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang turut hadir mengatakan beliau telah membangkitkan perkara ini dua kali dalam parti, sekali di peringkat negeri pada 19 Mei dan diperingkat pusat pada 25 Mei.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak hadir dalam sidang akhbar tersebut.
Semalam, tiga anggota Parlimen DAP telah mempersoalkan perjanjian Matang-Scope RTO, mempersoalkan sama ada ini adalah aktiviti "pelucutan asset" oleh MCA.
"MCA mesti menjawab sama ada ia telah memulakan satu usaha pelucutan aset dengan bertukar-tukar simpanan hasil titik peluh ahli-ahli biasa MCA dan rakan-rakan mereka untuk mendapatkan kedudukan kewangan elit politik dan kroni mereka," kata Liew Chin Tong, Tan Hong Pin dan Liow Cai Tung dari DAP dalam satu kenyataan bersama semalam.
Di bawah perjanjian pengambilalihan berbalik, sebuah syarikat swasta melangkau proses tawaran awam permulaan (IPO) untuk menjadi sebuah syarikat disenaraikan dengan mengambil alih syarikat-syarikat yang sudah ada di pasaran saham.
Ini berbeza dengan pengambilalihan biasa, dimana syarikat tersenarai lebih besar mengambil alih kawalan syarikat swasta lebih kecil dengan membeli saham.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan