Yang jelas dan nyata, sekalipun menang, prestasi BN di bawah Najib adalah lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi
di mana BN kehilangan lebih banyak kerusi parlimen iaitu hanya
memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 140 yang diperolehi pada
tahun 2008.
Ini menunjukkan juga kepimpinan Najib adalah lebih lemah daripada Pak Lah. Dan beberapa hari sebelum pilihanraya berlansung Tun Dr. Mahathir menyatakan Najib perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini.
"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota, lapor The Malaysian Insider.
Persoalan kini, apakah Najib sedia untuk berundur setelah gagal untuk menunjukkan prestasi baik di dalam PRU13 semalam? Dan apakah Mahathir bersedia untuk menjadi "pendesak" supaya Najib supaya memberi laluan kepada Muhyiddin menjadi PM?
GB melihat begini: Jika sekalipun Najib tidak berundur, namun hukum kebenaran dan keadilan akan mencampakkan Najib keluar dari Putrajaya. Terlalu banyak kesalahan dan kepincangan semasa beliau menjawat jawatan PM yang tak perlu dideretkan lagi di sini.
Najib begitu cepat meletakkan kesalahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat di atas kemerosotan prestasi BN atuk dengan menyatakan beliau tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.
Pengerusi BN itu, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. Sedangkan HAL YANG SEBENAR ialah Najib dan UMNOlah yang memainkan sentimen perkauman (rasism) sebelum ini untuk meraih sokongan kaum Melayu yang menyebabkan kaum bukan-Melayu melihat Najib dan Mahathir adalah kumpulan "cauvinis-Malay" (assabiyah-Melayu) apabila bersekongkol dengan PERKASA.
Dan hasilnya Najib tewas kedua-dua belah pihak, calon PERKASA yang dibelanya tewas teruk manakala sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN terus merudum. MCA dan Gerakan sudah boleh membuat perhitungan untuk membubarkan parti masing-masing kerana ternyata ia sudah tidak lagi dapat mewakili masyarakat kaum tionghua di negara ini.
Ayuh Najib, turunlah dengan cara yang terhormat!

Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.
"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.
"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.
"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.
Dr Mahathir sebelum ini juga berkata kerajaan sedia ada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan menyifatkan keberanian serta kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisionalnya.
“Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah,” kata mantan perdana menteri itu.
“Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan,” kata beliau pada satu forum 17 Januari lalu anjuran Karangkraf.
Mengikut tradisi dalam Umno, seseorang pemimpin yang gagal memberikan kemenangan secara majoriti akan menyebabkannya disingkir seperti yang berlaku kepada Abdullah pada 2008 dan juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tewas pada pilihan raya lalu.
Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, Najib merayu agar pengundi memberikan mandat baru kepadanya untuk meneruskan dasar reformasi yang boleh merangsang Malaysia ke hadapan dan lebih baik walaupun mengakui kelesuan parti itu dan gabungan pemerintah BN itu ke arah perubahan.
Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN dan parti utama, Umno kurang popular sejak tahun kebelakangan ini disebabkan kelemahan tetapi menggesa pengundi memberinya peluang untuk membuat perubahan yang diperlukan.
Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.
Najib berhadapan misi paling getir menjelang pilihan raya tahun ini yang dianggap paling sengit dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan, malahan beliau sehingga kini masih belum memutuskan senarai nama calon yang akan bertanding serta berteka-teki dengan dengan tarikh pilihan raya yang perlu diumumkan selewat-lewatnya April ini. -mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan