Kalau kami mendengar petikan laporan
berita ini, bunyinya seperti datang daripada seorang pemimpin politik.
Iyalah, biasalah kita dengar selama ini kalangan pemimpin politik ada
semacam “denial syndrome” dalam diri mereka apabila dicampakkan sesuatu
isu ke arah mereka dan cepat-cepat mereka menafikannya contohnya
……………ataupun …………..
Tetapi karakter seperti ini tidak hanya ada kepada kalangan pemimpin politik hari ini sahaja, tetapi juga…..
Tetapi juga kepada pemimpin tertinggi SPR. Contohnya :
- Dakwat kekal, cepat-cepat menafikan dan ianya sememangnya tidak boleh tanggal sedangkan realitinya tidak sampai tempoh 24 jam…..
Terbaru, Datuk Wan Ahmad Wan Omar
meneruskan momentum penafiannya melibatkan isu blackout. Apa katanya
seperti apa yang disampaikan laporan berita Sinar Harian?
- Petugas SPR yang mengira kertas undi tidak memakai baju SPR
- Terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
- Dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza
- Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.
Sumber : Sinar Harian
Berdasarkan jawatan pemimpin SPR, gambar
yang di atas yang cukup popular berlegar di Internet terutamanya di
media sosial & juga blog di mana kesahihannya? Adakah ini propaganda
& mainan pihak-pihak tertentu? Dan kejadian Blackout ini berlaku di
mana?
Apabila ditanya ada yang menjawab
kejadian Blackout ini berlaku di mana? Masing tarik muka diam seribu
bahasa. Tetapi ada juga yang menjawab ianya berlaku :
- ada jawab di Bentong
- ada jawab di Gelang Patah
- ada jawab di Lembah Pantai
Ringkasan Jawapan SPR Malaysia VS Isu Blackout 505 PRU13?
Cuma melihatkan jawapan SPR, membuatkan kami tertanya-tanya :
- Adakah petugas dalam gambar tersebut benar-benar baju yang dipakainya bukan baju SPR? Baju warna kelabu, ada lambang SPR di dada belah kiri bukan baju petugas SPR?
- Erm….ramai pemberita & jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi? Kepada Datuk Wan Ahmad, boleh tunjukkan kepada kami yang mana satu jurugambar, yang mana satu pemberita? Berapa ramai? Adakah sekadar memegang telefon berkamera (ada kemudahan lampu) sudah dicop jurugambar?
- Dan yang ketiganya, bukankah itu dulang yang digunakan untuk kira undi. Ada tampal sticker “RAGU, “DITOLAK”, bendera PAS, dan dua lagi tidak jelas. Kedudukan susunannya memang adalah menegak menghadap ejen undi. Di sebelah tepi ada lambang SPR. Jadi, di mana silapnya?
- Tidak silap kami, tag ungu adalah ejen undi daripada parti-parti yang bertanding, yang tag kuning adalah kerani SPR
- Bagi kami jikalau tempat mengundi mana yang mengalami blackout yang dipersoalkan itu logik lah juga…
TNB ada bagi kenyataan sebelum ini dan disahkan oleh Pengerusi SPR menerusi siaran langsung di radio IKIM.FM pada jam 5.15pm, di slot Momentum: Pasca PRU 1 seingat kami pada 22 Mei 2013 (Hari Rabu) :
Dan Datuk Wan ada mengatakan tiada laporan polis dibuat mengenai tragedi blackout ini. Tidak ada…..Jadi laporan apa yang di bawah ini?
- tiada kejadian blackout di mana mana pusat pengundian/kiraan undi yang disahkan juga oleh TNB. Bermakna jika berlaku juga kejadian blackout, bukanlah disebabkan ketidakcekapan TNB tetapi ada tangan ghaib yang melakukannya. Siapa? Entah….
Gambar Laporan Polis : Isu Blackout PRU13?
Bagi kami ini semua bukan isu siapa yang
patut menang, siapa yang patut kalah. Cuma harapan besar rakyat
Malaysia sepertimana kami semua amanahkan kepada SPR Malaysia supaya
menjalankan dan menangani sebarang proses sebelum, semasa dan selepas
Pilihanraya dnegan telus dan jujur tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
SPR Malaysia sepatutnya menyiasat dengan
cara berlapang dada dan teliti, bukannya terus menafikannya secara
bukat-bulat. Rakyat terus memerhatikan prestasi anda ketika ini.
Apa
pandangan anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan