Hari ini hari terakhir bagi
mana-mana pihak berkempen. Besok hari penentu arah dan hala tuju negara kita
setelah semua rakyat yang mengundi menyelesaikan tanggungjawab mereka. Hari ini
adalah hari terakhir bagi rakyat yang masih belum menentukan siapa dan pihak
mana mereka hendak berikan undi mereka.
Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling penting bagi kawasan yang
kemenangan dijangka tipis bagi mana-mana pihak.
“It’s neck to neck!” kata ramai
pemerhati dan penggiat politik di kedua-dua belah pihak dan pandangan mereka
ini adalah lebih tepat dari pandangan dari mereka yang hanya memandang dari
rumah dan ‘internet’ atau media arus perdana. Keadaan berubah dari masa ke
semasa dan dari hari ke hari. Mereka yang benar-benar bermain politik selalunya
tidak memberikan pandangan mereka dengan emosi dan pandangan yang berat
sebelah.
Dalam ratusan mereka yang
berhubung dengan saya semalam sahaja, ada diantara penyokong BN yang mengatakan
BN terlalu sulit untuk di pertahankan di kawasan mereka dan ada pula penyokong
Pakatan Rakyat yang berkata BN masih mengatasi Pakatan Rakyat. Bukan mudah
untuk meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan ini. Kedua-dua pihak di
perincikan dan di nilai oleh semua dalam penentuan mereka yang terakhir seperti
hari ini.
Tingkah dan laku pimpinan
kedua-dua belah pihak menjadi perhatian rapi dari rakyat. Keghairahan yang ditunjukkan
oleh mana pihak akan mengurangkan sokongan ramai kerana keghairahan itu
merupakan elemen penting bagi kita mengagak apa yang akan terjadi jika pihak
itu memenangi pilihanraya atau mempertahankan kedudukan dalam pilihanraya kali
ini.
Contohnya kehadiran Dr Mahathir
dan Daim Zainuddin di pentas BN sedikit sebanyak mengurangkan sokongan orang
ramai terhadap BN kerana rakyat mempunyai persepsi yang tidak begitu enak pada
kedua-dua personaliti ini. Dari membantu BN mereka ini melunturkan sokongan
rakyat terhadap parti pemerintah itu. Mereka berdua ini tidak menyedari yang
rakyat sudah tidak memandang mereka sebagai pemimpin yang jujur dan ikhlas.
Jika Mahathir benar-benar
merupakan orang yang masih berpengaruh, tidak mungkin berlaku ramai ahli-ahli
UMNO di bekas kawasan beliau di Kubang Pasu berhijrah kepada PAS sejak dua tiga
hari yang lalu. Penghijrahan ini berlaku kerana mereka berfikir yang jika UMNO
menang maka orang-orang ini akan mendapat keuntungan terus menerus seperti yang
mereka rasakan pada hari ini. Mereka berdua ini merupakan ‘warlords’ yang
terbesar dalam UMNO itu.
Di sebaliknya ada juga berlaku
penghijrahan sokongan dari pihak Pakatan Rakyat kepada BN kerana perkembangan
yang berlaku dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Kenyataan-kenyataan yang
bercanggah-canggah diantara pimpinan parti-parti dalam DAP dan PKR misalnya,
menjadikan mereka yang masih lemah sokongan mereka terhadap PR itu kembali
memberikan sokongan kepada BN.
Kenyataan dua pimpinan DAP di
Johor dan di Kedah yang menyeru rakyat tidak memberikan undi terhadap calon PAS
memberikan impak yang bukan sedikit terutamanya bagi mereka yang diatas pagar.
Walaupun kenyataan yang berbau perkauman itu telah di tarik balik ia tetap
telah memberikan persepsi yang mereka masih lagi membendung sifat perkauman
yang menebal.
Ia ditambah pula dengan tindakan
DAP tidak menampak dan menzahirkan janji-janji mereka untuk menghilangkan
stigma sebagai parti yang hanya untuk orang Cina. DAP tidak memberikan gambaran
itu di setiap negeri seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sejak
setahun dahulu, saya telah menjelajah untuk menggambarkan yang DAP itu bukan
parti perkauman.
Tetapi akhir-akhir ini ramai yang
telah berhubung dengan saya dan telah berpatah balik sokongan mereka kepada BN.
Mereka merasakan DAP sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu
sokongan dari orang Melayu dan India.
Ada yang telah
menebal keyakinan mereka yang DAP sudah merasakan mereka sedang berada dalam
‘cloud 9’.
Mereka sudah mula menampakkan
keghairahan keterlaluan dan tidak sabar-sabar untuk mendiami pejabat Pusat
Pentadbiran Putrajaya. Sudah mula terbit sikap takbur yang tidak terkawal itu
di kalangan pimpinan DAP. Kita perlu ingat mereka yang diatas pagar yang senyap
dan tidak bercakap ini lah yang sangat penting hari esok. Kita tidak menghalang
DAP untuk ke Putrajaya itu tetapi ramai merasakan yang DAP itu akan menjadi
seperti ‘si kudung mendapat cincin’ apabila merasakan keenakan kuasa di
Putrajaya itu.
Mereka (diatas pagar) akan
menjadi kumpulan penentu di kawasan-kawasan yang dijangka akan dimenangi dengan
kemenangan tipis oleh mana-mana pihak yang berjaya itu. Kadang kala ramai
diantara pemimpin yang terlau banyak bercakap tetapi mereka tidak sedar lebih
ramai lagi yang tidak bercakap tetapi sibuk dengan berfikir baik buruknya
memberikan undi perubahan kali ini.
Tidak kurang yang menganggap PKR
itu adalah DNA kepada UMNO. Itulah sebabnya terlalu banyak perkara-perkara yang
berlaku di dalam parti itu sama seperti apa yang berlaku di dalam UMNO itu.
Terlalu menggila hendak ke Putrajaya sehingga tidak melihat apa yang ada di
kiri kanan jalan ke Putrajaya itu. Saya selalu mengingatkan yang keghairahan
yang keterlaluan akan membawa padah kepada diri sendiri.
Kita mesti ingat pemikiran
pengundi boleh berubah dalam masa yang sesingkat satu jam sebelum membuang undi
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan