Rabu, 22 Mei 2013

Exco MCA akan hadapi tindakan disiplin

 


 
Jawatankuasa pusat MCA mengarahkan lembaga disiplin menilai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu Tee Siew Keong kerana menerima jawatan exco di Johor.

ADUN Pulai Sebatang itu yang juga setiausaha penganjur nasional dilihat melanggar keputusan parti yang melarang wakil rakyatnya menerima jawatan dalam kerajaan ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

NONEDalam sidang media hari ini, presiden parti itu Dr Chua Soi Lek  berkata, Tee memaklumkan kepada jawatankuasa pusat sebelum itu untuk bercuti daripada semua acara parti di semua peringkat.

Tee sebelum ini secara terbuka berkata beliau tiada pilihan selain menerima pelantikan itu kerana beliau dipilih oleh Sultan Johor yang mahu melihat pembentukan ahli majlis mesyuarat negeri yang pelbagai kaum.

Chua juga berkata, semua senator daripada parti itu harus melepaskan jawatan masing-masing.

Tiada ulasan: