Jumaat, 17 Mei 2013

Dua Puluh Institusi Pendidikan Dimanfaat Merealisasi Agenda Ilmu Kuala Nerus

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/at-takiri.pngKUALA NERUS - Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali yakin, Agenda Ilmu; Kuala Nerus Berpendidikan dan Bermaklumat, yang beliau gagaskan akan mencapai kejayaan dengan sokongan dua puluh buah institusi pendidikan yang terdapat dalam kawasan itu.

"realiti (nya) Kuala Nerus boleh kita panggil 'hab pendidikan' sebab di sini terhimpun lebih dua puluh institusi-institusi pendidikan kerajaan, ditambah pula dengan institusi pendidikan swasta,

"bukan sedikit jumlahnya....... yang menyumbangkan kepada pertumbuhan tenaga manusia di Kuala Nerus,"ujarnya.

Menurutnya, kekuatan yang ada pada institusi pendidikan kerajaan ialah prasarana dan tenaga pakar akan dimanfaatkan dalam menggarap usaha mencapai agenda ilmu itu.

Katanya, tenaga pakar sedia ada itu akan diperkasakan dengan ruh Islam bagi melahirkan manusia-manusia membina tamaddun.

Beliau yang juga Setiausaha Dewan ulamak PAS Pusat berkata demikian dalam majlis makan malam besama para pendidik sempena meraikan sambutan Hari Guru 2013 pada Rabu malam 15 Mei di sebuah restoran dekat sini.

Bersaa beliau hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Ustaz Abdu Bakar Chik, Timbalan ketua dewan Ualamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Pengerusi Lajnah Pendidikan yang juga Bendahari PAS terengganu, Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin.

Selain itu, katanya, persekitaran berasaskan tarbiyah Islam, Imaniyah dan ruhiyah, akan diwujudkan melalui pekananan aspek tersebut dalam proses pendidikan yang beliau akan kemukakan di sidang parlimen.

"walau pun kerajan di peringkat pusat ada falsafah pendidikan Islam yang telah diusahakan melalui J-Qaf, tetapi kita lihat tidak berlaku kesepaduan di perinkat pengurusan pendidikan Islam dengan pendidikan bersifat maklumat ilmu untuk membina dunia,

"saya memerlukan maklumat ini untuk dibawa ke peringkat parlimen melalui soalan yang saya akan bawa nanti,"jelasnya.

Tiada ulasan: