KL TODAY
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri,
Tidak
keterlaluan kiranya saya mengandaikan bahawa lembaran ini tiada apa-apa
makna buat YB Datuk Seri Dr dan seluruh kepimpinan Barisan Nasional.
Lebih-lebih lagi memandangkan warkah ini datangnya daripada seorang
belia etnik India, kaum minoriti di negara ini. Setiap perkataan dalam
warkah ini mungkin boleh diumpamakan sebagai bisikan yang terlalu halus
untuk diberikan perhatian oleh YB Datuk Seri Dr.
Beberapa
hari yang lalu, negara ini menyaksikan satu lagi kematian disebabkan
oleh tindakan kebinatangan terhadap mendiang N. Dharmendran, 33. Amat
pilu kerana laporan patologis sudah cukup untuk menceritakan
segala-galanya.
Berdasarkan
pemahaman dan penyelidikan saya, Malaysia tidak pernah menandatangani
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Torture and Other
Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment.
Konvensyen
ini secara langsung membenarkan pertubuhan mahupun pakar pertubuhan
hak asasi manusia antarabangsa mengadakan lawatan dengan kerap untuk
memeriksa pusat tahanan serta tahanan itu sendiri. Namun, entah
mengapa, Malaysia memilih untuk tidak menyokong. Apakah keterlaluan
kiranya saya mengandaikan bahawa Malaysia memilih untuk berkecuali
semata-mata bagi menghalalkan perbuatan kebinatangan sedemikian rupa?
Maafkan saya kiranya andaian saya ini terlalu tajam.
Sedar atau
sengaja mengenepikan fakta, kes mendiang Dharmendran ini bukannya
sesuatu yang baru dalam membicarakan kekejaman pihak polis ini. Siapa
boleh lupakan kematian A. Kugan di balai polis USJ sekitar Januari 2009
serta Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed yang menemui ajal
ketika berada dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Statistik
antara 2000 dan Februari 2010 menunjukkan, 64 orang Melayu mati dalam
tahanan polis, Cina (30 kes); India (28 kes), kaum lain (lapan kes) dan
warga asing (14 kes).
Kematian
Tharma Rajen, 20, di Balai Polis Putrajaya, M. Ragupathy, 22, di Balai
Polis Sepang serta Vivashanu Pilai yang mayatnya di jumpai di sungai.
Pihak polis mendakwa bahawa Vivashanu kemungkinan lemas selepas berjaya
meloloskan diri daripada tahanan polis di Balai Polis Dang Wangi namun
keluarga mendiang pula mendakwa bahawa Vivashanu dibunuh sewaktu dalam
tahanan polis sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai.
Kematian
R. Gunasegaran di Balai Polis Sentul pada Julai 2009 pula diam seribu
bahasa. Dan untuk rekod, Balai Polis Cawangan Dang Wangi sememangnya
layak dimasukkan dalam “Malaysia Book of Records” kerana menempa
sejarah yang tersendiri apabila menjadi balai polis tunggal di negara
ini yang mencatatkan tiga kematian tahanan dalam tempoh tiga bulan
iaitu daripada September hingga Disember 2012 iaitu kematian K.
Nagarajan, 32, Chandran Perumalu, 47, dan Wong Tip Ping, 51. Mac 2013
pula menyaksikan kematian M. Ragu, 47, di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah
Kampar.
Agaknya kisah-kisah ini telah dihitamkan seperti yang dilakukan terhadap kes kematian A. Kugan dahulu?
KES-KES YANG “DIDIAMKAN” DARIPADA SIASATAN
YB Datuk Seri Dr,
Peguam-peguam
seperti P. Uthayakumar dan N. Surendran dan badan-badan seperti Police
Watch and Human Rights Committee dan Suaram telah mengemukakan banyak
bahan bukti, dan banyak laporan polis telah dibuat. Namun, semuanya
hanya tinggal laporan sahaja. Berikut ialah fakta hasil daripada
pemantauan Police Watch and Human Rights Committee serta Suaram yang
mungkin tidak pernah di ambil tahu oleh kerajaan Barisan Nasional.
Februari 2003
Februari 2003
Prakash
Moses pengsan sewaktu dalam tahanan di Pusat Tahanan Balai Polis Jalan
Hang Tuah (sebelum ini dikenali sebagai Penjara Pudu). Tiga hari
kemudian beliau mati di Hospital Kuala Lumpur. Anaknya, Steven Moses
yang turut di tahan di sana mendakwa bahawa terdapat luka dalam di
kepala ayahnya yang disyaki sebagai punca kematiannya.
Mac 2003
Kannan
Kanthan, 45, mati dalam tahanan di Balai Polis Batu Pahat, Johor
selepas di tahan tiga hari oleh polis. Sepupunya, Sri Rajesh Kanna
Viladan mendakwa terdapat kesan kecederaan pada tubuh mendiang.
Julai 2003
Ulaganathan
Muniandy, 19, mati di Balai Polis Kajang selepas ditahan di bawah Akta
Darurat yang membenarkan pihak polis menahan suspek selama 60 hari.
Pihak polis mendakwa suspek mati kerana asma (dakwaan yang sama pada
mulanya dalam kes A. Kugan ini) namun sijil kematian yang dikeluarkan
oleh Hospital Kajang pula menyatakan bahawa punca kematian mendiang
sebagai “tidak diketahui”. Ibu mangsa pula mendakwa anaknya tiada
penyakit asma dan kali terakhir melawatnya di tahanan, terdapat kesan
lebam di mata mendiang.
Oktober 2003
Ravichandran
Ramayah, 38, mati selepas ditahan selama seminggu di Balai Polis Timur
Laut di Pulau Pinang. Walaupun pihak mahkamah mengarahkan suspek di
bawa ke hospital untuk rawatan kerana kesihatannya yang terjejas teruk
namun sebaliknya berlaku apabila pihak polis membawa mendiang terus ke
Penjara Pulau Pinang. Suspek mati di sana. Pihak Polis
mengklasifikasikan kematianya sebagai kematian semulajadi.
November 2003
November 2003
Veerasamy
Gopal, 52, mati dalam tahan Balai Polis Ampang selepas di tahan selama
empat hari. Keluarganya percaya mangsa mati akibat didera dalam
tahanan.
Disember 2003
L. Yoges
Rao, 22, mati dalam tahanan di Balai Polis Sitiawan, Perak. Yoges
merupakan suspek kes dadah dan enam pegawai polis telah menyerbu
rumahnya. Kakaknya yang berada di rumah ketika itu menyatakan bahawa
pegawai-pegawai polis berkenaan memukul adiknya dengan menumbuk beberapa
kali di perut dan abdomen badannya. Kemudian pegawai polis berkenaan
membawa adiknya masuk ke dalam salah satu bilik di rumahnya dan mengunci
pintu biliknya. Beliau mendengar adiknya meraung kesakitan sambil
merayu kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk tidak memukulnya. Yoges
hanya dibawa keluar dari bilik berkenaan selepas hampir satu jam
setengah dan Yoges mengalami muntah darah. Mendiang meninggal pada
keesokkan hari di lokap. Permit kuburnya menyatakan bahawa Yoges mati
kerana ulser perut. Kejam!
YB Datuk Seri Dr,
Ini
hanyalah kes-kes yang direkodkan bagi tahun 2003 sahaja. Seperti saya,
ramai lagi yang percaya bahawa keganasan ini seolah-olah direstui dan
dihalalkan oleh kerajaan pemerintah. Apakah benar?
Yakinkan
saya dan rakyat Malaysia amnya bahawa kami selamat daripada keganasan
ala binatang liar ini! Jika akal pemikiran waras saya ini masih tidak
yakin dengan kredibiliti pasukan penguasa dibawah pemantauan anda, itu
bukan salah saya dan tiada sebab untuk menyuruh saya meninggalkan
negara ini. Yang betul dikatakan salah dan yang salah dikatakan betul
laksana hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya!
Semoga, Tuhan merahmati dan mencucuri roh mendiang Dharmendran.
Yang rindukan kebenaran,
Edwin Michael.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan