Jumaat, 20 Julai 2012

'Penerima kontrak trafik udara KLIA tak cukup syarat'

MALAYSIA KINI


 
PKR mendakwa, kontrak untuk membina sistem kawasan trafik udara untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dianugerahkan kepada syarikat yang gagal menepati keperluan tender.

Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil meski pun perunding projek Aecom menyarankan syarikat lain yang lebih berkemampuan.

"Meski pun laporan penilaian teknikal Aecom bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (Amcop) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih, namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada Advanced Air Traffic Systems (AAT)," katanya.

Projek itu dianugerahkan kepada AAT ekoran bidaan terendah RM85.6 juta, untuk mereka, membina dan menguji sistem kawalan trafik udara dalam tempoh 14 bulan di sambungan KLIA, yang dikenali KLIA2.

Tiada ulasan: