Sabtu, 14 Julai 2012

Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran

ROSALWANI CHE SOH

Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menyampaikan hadiah kepada Johan Qariah dari Magribi, Hasnae Khoulali - Foto Bernama
 
Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengucapkan tahniah kepada Johan Qari dari Malaysia Muhammad Anuar Ghazali dari Kelantan - Foto Bernama
 
 
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menghadiahkan sebuah banglo kepada anak kelahiran Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali, 36, yang dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-54 malam tadi.

Menteri Besar Kelantan berkata, perkara itu akan dibincangkan agar dapat meraikan kejayaan wakil Malaysia, yang telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia.

“Insya-Allah saya akan minta mereka beri hadiah berupa sebuah banglo, kepada qari itu (Anuar) seperti yang pernah kita berikan dulu kepada penjaga gawang gol negara, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) kerana mengharumkan negara Malaysia dan negeri Kelantan.

“Dia merupakan anak Kelantan dan perlu diberi pengiktirafan kerana dapat menjuarai pertandingan itu, yang melibatkan wakil luar negara, dan dia sudah membuktikan kemampuannya dengan menyandang gelaran johan,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra saudara baru ‘Demimu Palestin’ di Dewan Jubli Perak, Panji di sini hari ini.

Tiada ulasan: