Sabtu, 21 Julai 2012

Mengapa Tangki Air Sekolah Menengah Paka Runtuh?

Editor Buletin

Isu Terengganu sebagai ‘Darul Runtuh’ sudah deketahui umum. Ia menjadi jenaka memalukan kepimpinan Umno-BN. Ia sudah menjadi bala dan trauma akibat daripada jenayah Kerajaan Umno-BN sendiri yang meruntuhkan Masjid Bujal
dan meruntuhkan rumah rakyat yang miskin apabila tanah mereka dirampas setelah lot-lot tanah kediaman dibahagikan kepada rakyat semasa Pas memerintah Terengganu.

Sikap kejam dan balas dendam kepada rakyat yang memilih Pas sebagai kerajaan tahun 1999-2004 dipamerkan secara zalim bermula dizaman Idris jusoh memerintah dan berterusan dizaman Mat Said memerintah sehingga kini.

Rumah rakyat yang disodok di Durian Mentangau, di kg belimbing Setiu dan dirampas tanah mereka serta dibahagikan kepada penyokong Umno-BN adalah suatu kezaliman yang masih lagi tidak rakyat lupakan.

Sesungguhnya doa orang yang dizalimi itu tiada hijab dengan Allah Swt. Lambat bangat nescaya dikabulkan Tuhan. Maka hari ini jelas terbukti, keruntuhan silih berganti. Berlaku di Terengganu tidak dinegeri lain.

Semua daerah ada bangunan yang runtuh. Dari Kemaman iaitu daerah Mat Said, MB sekarang dan mutakhir ini Besut yang merupakan Daerah Idris Jusoh sendiri.

Yang terakhir apabila Tangki air Sekolah Menengah Paka yang runtuh.

Merosakkan pagar dan menghancurkan atap bangunan bekas rumah guru. Nasib baik hari itu hari Jumaat, para pelajar tidak ke sekolah. Boleh bayangkan kalau pelajar ada dibawah itu. Kematian barangkali akan berlaku.

Kenapa Tangki air Sekolah menengah itu?

Tiada ulasan: