Isnin, 16 Julai 2012

Amuk JPM: Polis panggil adik Muhdalina – wanita bersama lelaki amuk

THE MALAYSIAN INSIDER


SHAH ALAM– Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memanggil adik kepada Muhdalina, wanita yang bersama Khalil Afandi Abdul Hamid – ditembak mati akibat mengamuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, polis menemui lelaki itu kelmarin untuk mengambil keterangan.


“Siasatan kes itu masih dijalankan.

“Kita akan panggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan,” lapor Sinar Harian hari ini.

Menurut Abdul Razak lagi, kertas siasatan akan disiapkan dalam jangkamasa terdekat. Sebelum ini, lima individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kejadian amuk terbabit.

Individu itu antaranya, suami Muhdalina, isteri Khalil Afandi Abd Hamid dan seorang penulis blog.
Dalam kejadian itu, polis melepaskan tembakan setelah Khalil Afandi dan Muhdalina mengamuk dengan bersenjatakan pedang samurai.

Tembakan itu menyebabkan Khalil Afandi Abd Hamid maut ketika dirawat di Hospital Putrajaya, manakala Muhdalina cedera di paha kanan.

Tiada ulasan: