Jumaat, 6 Januari 2012

Singapura bebas lapan tahanan ISA

MALAYSIA KINI

Lapan orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan selepas Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura membenarkan Perintah Sekatan terhadap mereka diluputkan.

Dalam satu kenyataan, MHA berkata perintah itu boleh diluputkan memandangkan mereka memberi kerjasama dan responsif kepada usaha pemulihan.

Perintah terhadap enam anggota rangkaian pengganas Jemaah Islamiyah (JI), seorang individu yang bertindak radikal dan seorang yang bersimpati dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dibenarkan berbuat demikian antara 8 November 2011 dan hari ini.

Perintah berkenaan terhadap anggota JI Muhammad Amin Mohamed Yunos dan Muhammad Arif Naharudin luput pada 8 November 2011, manakala perintah terhadap Adnan Musa, Andrew Gerard, Fathi Abu Bakar Bafana dan Halim Hussain luput pada 5 Januari 2012.

Perintah sekatan terhadap individu yang bertindak secara radikal Mohammad Taufik Andjah Asmara luput pada 4 Disember 2011 dan bagi Faizal Khan Gulam Sarwar yang bersimpati terhadap MILF pula luput hari ini.

Secara berasingan, MHA membebaskan Muhammad Zamri Abdullah atas perintah itu yang berkuatkuasa 5 Disember 2011.

Zamri, yang ditahan di bawah ISA pada Disember 2007, telah bekerjasama semasa disiasat dan membuat beberapa kemajuan semasa pemulihan.

Oleh itu, MHA berkata dia didapati tidak mendatangkan ancaman terhadap keselamatan yang memerlukan tahanan pencegahan. Bernama

Tiada ulasan: