Tidak seperti di Afrika Selatan dan Singapura, rakyat negara ini yang bekerja di sektor swasta di luar negaratidak dibenar melaksanakan hak mereka untuk mengundi kerana tidak diklasifikasikan sebagai pengundi tidak hadir.
Malaysia, hujah peguam Edmund Bon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, adalah antara beberapa negara-negara Komanwel yang tidak membenarkan warganegara di luar negara untuk mengundi dengan taraf sebagai pengundi tidak hadir.
"Tidak mengklasifikasikan anak guam saya sebagai pengundi tidak hadir melanggar hak-hak mereka di bawah Perkara 8 untuk hak sama rata dan Perkara 119 untuk hak mengundi di bawah perlembagaan persekutuan," katanya.
Beliau mewakili enam rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang.
Keenam-enam mereka adalah Teo Hoon Seong, V Vinesh, Paramjeet Singh, Yolanda Sydney Augustin, Sim Tze Wei dan Leong See See.
Yolanda, adalah anak perempuan Stanley Augustine, bekas ketua pendakwa Kuala Lumpur. Stanley kini dalam sektor swasta tetapi berada di mahkamah untuk mendengar permohonan anaknya itu.
Anak perempuannya adalah seorang pakar onkologi yang berusia 32 tahun.
[Baca berita penuh]
Peguam Edmund Bon yang mewakili keenam-enam mereka, berkata SPR menolak permohonan mereka atas alasan mereka tidak layak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir di bawah definisi "pengundi tidak hadir" mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
"Tetapi SPR tidak memberi justifikasi bagi keputusannya itu dan objektif Peraturan itu yang membenarkan sesetengah warganegara dan sesetengahnya tidak," hujahnya dalam permohonan semakan kehakiman difailkan enam warga Malaysia itu yang menetap dan bekerja di United Kingdom untuk mendesak SPR mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir.
Edmund berkata keputusan untuk tidak mendaftarkan keenam-enam mereka sebagai pengundi tidak hadir adalah jelas tidak adil dan merupakan layanan diskriminasi terhadap semua warganegara.
"Pemohon menetap di luar negara, dan oleh yang demikian, sepatutnya boleh mengundi sebagai pengundi tidak hadir mengikut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak asasi untuk mengundi," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili SPR pula berhujah SPR mendapati keenam-enam pemohon tidak layak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir mengikut Peraturan 2, Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, kerana mereka menetap dan bekerja dengan sektor swasta di luar negara.
Beliau berkata SPR memutuskan keenam-enam mereka tidak termasuk dalam kategori orang yang berhak menjadi pengundi tidak hadir dan SPR menolak permohonan mereka secara sah mengikut undang-undang.
Amarjeet berkata keenam-enam mereka boleh pulang ke Malaysia pada hari pengundian kerana mereka menetap dan bekerja di sana atas pilihan sendiri.
Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 6 Jan untuk menyampaikan keputusan.
Enam pemohon itu ialah Teo Hoon Seong seorang doktor, 43; V Vinesh seorang jurutera elektrik, 32; Paramjeet Singh seorang usahawan, 54; Yolanda Sydney Agustin seorang doktor, 31; Sim Tze Wei seorang penterjemah, 28, dan arkitek perisian Leong See See, 41.
Mereka memohon satu deklarasi bahawa mereka sebagai warganegara Malaysia
yang menetap di luar negara adalah berhak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir yang bermakna mereka layak menjadi pengundi pos.
Mereka juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan SPR melalui surat bertarikh 9 Sept, 2011, yang tidak mendaftarkan mereka sebagai pemilih tidak hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan