Isnin, 16 Januari 2012

Media perdana dakwa Anwar sokong kumpulan gay

MALAYSIA KINI

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menganggap undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk dan mahu ia dikaji semula.

NONE“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita.

“Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya dalam satu laporan akhbar Berita Harian hari ini.

Harussani mengulas komen Anwar dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) World News, Khamis lalu yang berkata masyarakat negara ini tidak boleh menerima amalan homoseksual tetapi undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sama ada beliau bersedia menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual.

“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan, katanya dalam temu bual itu.

singapore gay and lesbian dance party 220805Walau bagaimanapun, menurut Harussani Zakaria, umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad,” kata mufti itu lagi dipetik akhbar milik Umno itu.

Tiada ulasan: