Pergerakan Occupy Dataran meneruskan acara mereka hari ini di Kuala Lumpur dengan membawa isu penggantungan aktivis pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli Abdul Halim.
Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis itu berhimpun di satu kawasan siar kaki yang menjadi tumpuan utama pelancong di Bukit Bintang dengan mementaskan satu sketsa pendek berhubung tindakan yang dikenakan ke atas Adam.
Pementasan satira itu turut dijayakan oleh beberapa orang aktivis yang masing-masing memakai topeng yang memaparkan wajah para pentadbir universiti yang terlibat dalam kes Adam.
Aktivis berkenaan juga memakai papan tanda yang memaparkan nama pentadbir kampus tersebut.
Turut beraksi dalam pementasan satira itu ialah Adam sendiri yang melakonkan semula tindakan yang dikenakan ke atasnya oleh pentadbir kampus tersebut.
Para pentadbir itu digambarkan melakukan kekerasan ke atas Adam, dengan menolak Adam ke lantai dan memukul pelajar berkenaan sambil menari dengan diiringi muzik popular "Chicken Dance."
Kumpulan pentadbir universiti itu juga membawa bendera dengan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam lakonan berkenaan.
Kumpulan pentadbir universiti itu kemudiannya "diselamatkan" oleh sekumpulan peserta Occupy Dataran yang menghalau para pentadbir kampus itu .
Antara tokoh yang dijadikan sasaran pementasan satira itu ialah Professor Datuk Dr Zainal Kling yang mengetuai panel lapan juri dalam membuat keputusan menggantung pengajian Adam selama tiga semester, 9 Januari lalu.
Dalam pementasan yang berlangsung tidak sampai sepuluh minit itu, Adam turut melakonkan semula tindakannya menurunkan 'bendera' dengan wajah perdana menteri – tindakan kontroversi yang menyebabkan beliau dikenakan tindakan oleh UPSI.
Selain itu, kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk dengan slogan "UPSI kenapa kau angkuh sangat?"
Pementasan berkenaan, yang diawasi kira-kira 20 orang anggota polis tersebut, menarik perhatian orang ramai di kawasan tumpuan pelancong tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan