Khamis, 5 Januari 2012

Kekecohan di UPSI - PERKASA Bantah Keras Mahasiswa Berdemo.

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR - PERKASA membantah keras tindakan Kumpulan Pro Mahasiswa yang melakukan demonstrasi pada malam Tahun Baru 2012 di perk arangan luar UPSI baru-baru ini.

Sambil menceritakan pengalaman beliau menyertai demonstrasi Mahasiswa pada era 70an, beliau menjelaskan terbukti bahawa pelbagai kesan Negatif bakal berlaku jika pihak Mahasiswa berterusan menganjurkan perhimpunan berbentuk desakan keras terhadap Kerajaan.

Mengakui terhadap beberapa penambahbaikan yang perlu diperhalusi pihak Kementerian Pengajian Tinggi, PERKASA meminta agar golongan Mahasiswa di Negara ini tidak terpengaruh dengan asakan dan hasutan beberapa Kumpulan kecil untuk menyertai sebarang Perhimpunan sedemikian.

Beliau berkata sebarang tuntutan terhadap pihak Kerajaan hendaklah menggunakan saluran yang betul dan lebih tertib yang mencerminkan seorang yang terpelajar.

Ibrahim Ali mendesak Mahasiswa yang ada sebarang niat untuk menganjurkan demonstrasi seperti yang berlaku sebelum ini agar tidak meneruskan niat untuk menyambung pengajian di Universiti.

alt

Sebelum ini, satu perhimpunan yang turut dianjurkan bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berlangsung di perkarangan UPSI Tanjung Malim yang menuntut agar kebebasan suara Mahasiswa dan mendesak Kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Namun Perhimpunan yang juga disertai Adam Adli itu berhadapan dengan satu pergelutan apabila pihak polis bertindak mengarahkan kesemua yang terlibat bersurai sehinggakan didakwa berlaku kecederaan oleh salah seorang Mahasiswa bernama Safuan Anang.

Seramai lebih kurang 17 mahasiswa ditahan bagi membantu siasatan pada ketika itu.

Tiada ulasan: