Sabtu, 14 Januari 2012

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat

THE MALAYSIAN INSIDER

KUANTAN — Jumlah mangsa banjir yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan dan Pekan telah meningkat kepada 1,026 orang pada pagi tadi dibanding dengan 805 orang pada petang semalam.

Menurut Bernama Online, jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga pukul 9 pagi tadi, seramai 704 orang dari 189 keluarga telah dipindahkan ke lima pusat pemindahan di Kuantan.

Seramai 476 orang dari 124 keluarga telah ditempatkan di SMK Pandan, di Dewan Komuniti Sri Damai (93 daripada 31 keluarga), di Dewan Komuniti Pancing (18 daripada enam keluarga), di SMK Gudang Rasau (80 dari 20 keluarga) dan di Dewan Komuniti Cherating (37 dari lapan keluarga), katanya.

Di daerah Pekan, seramai 322 mangsa daripada 78 keluarga daripada Kampung Cenderawasih masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SK Sinar Mutiara, katanya.

Jalan utama Kuantan-Sungai Lembing dibanjiri air sehingga sedalam satu meter dan kini ditutup kepada semua kenderaan.

Tiada ulasan: