Ahad, 8 Januari 2012

Jalan Di Ibukota Dijangka Sesak Isnin Ini.

Shahril shaid

alt


KUALA LUMPUR - Beberapa Jalan di Ibukota dijangka sesak isnin ini,sehubungan itu pihak Polis mengingatkan pengguna Jalan Raya agar berhati hati sepanjang jalan alan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.

Justeru, Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan pada hari itu."Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan itu dinasihat menggunakan pengangkutan awam.

Orang ramai perlu mematuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas," katanya.

Beliau juga turut berpesan supaya kenderaan yang memakir di kawasan tersebut tidak menghalang lalu lintas pada hari itu.Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: