Sabtu, 14 Januari 2012

AG pertahan RUU Perhimpunan Aman

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dikecam hebat, adalah bertujuan untuk "menggalakkan kebebasan bersuara", sambil menegaskan bahawa tidak ada undang-undang yang akan memuaskan hati semua orang.

lingam tape panel meeting 031007 abdul gani patailAbdul Gani (kanan) mendakwa rang undang-undang tersebut telah
melalui perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Katanya, undang-undang tersebut bertujuan untuk menggantikan seksyen 27 Akta Polis dan untuk menggalakkan kebebasan bersuara.

"Bagaimanapun, dalam perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan, kita masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (untuk tidak mendedahkan kandungan keseluruhan)," katanya berhubung aduan bahawa banyak pihak berkepentingan, yang tidak dibawa berbincang sebaiknya mengenai perkara itu.

"Juga tidak akan ada undang-undang utopia (ideal) yang memuaskan hati semua lapisan masyarakat," katanya.

Peguam Negara berkata demikian di majlis pembukaan tahun perundangan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria pagi ini.

Ia turut dihadiri tiga ketua hakim dari negara ASEAN - Ketua Hakim
Singapura, Chan Sek Keong; Ketua Hakim Mahkamah Agung Indonesia, Harifin A Tumpa SH dan Ketua Hakim Negara Brunei, Kifrawi bin Kifli.

NONERang Undang-Undang Perhimpun Aman dibentangkan pada bulan November lalu dan diluluskan secara tergesa-gesa di Dewan Negara bulan lalu, walaupun ia dibantah oleh kalangan ahli parlimen, peguam, masyarakat sivil dan orang awam.

Salah satu kritikan utama terhadap rang undang-undang itu ialah ia melarang demonstrasi jalanan.

Tiada ulasan: