Mereka tidak setuju langkah Felda mahu menggadaikan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
PETALING JAYA: Tujuh puluh peneroka dan generasi kedua Felda Tenang di Besut membantah tindak tanduk Felda yang tidak lagi membela nasib mereka.
Mereka berhimpun sebaik sahaja selesai solat Jumaat semalam di Felda Tenang.
Perhimpunan dijalan secara aman, tanpa mengira fahaman politik dan dipantau oleh pihak polis, kata seorang peserta.
Mereka tidak setuju langkah Felda mahu menggadaikan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
“Susah senang peneroka terutama Felda Tenang dapat saya rasai, hampir 100 orang generasi ke-2 (terpaksa) tinggal bersama keluarga dan hanya bekerja sebagai buruh ladang, pengait buah, pemandu lori, meracun rumput dan menoreh getah,
“sepatutnya tanah yang masih ada (di kawasan Felda) dibahagikan kepada generasi ke-2 yang hidup tak menentu di seluruh negara,” katanya.
Kerja kilang
Peneroka, tambahnya tiada hala tuju kerana tidak ada tanah sendiri dan menumpang hidup dirumah ibubapa mereka walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai anak.
Katanya, sebahagian dari mereka terpaksa bekerja di luar , di kilang-kilang, kerana tidak ada peluang dan jaminan kerja yang berhampiran dengan tempat tinggal.
Beliau berkata, himpunan itu juga, mengutuk perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF sekaligus mengenepikan pengerusi sedia ada.
“Kita bimbang konspirasi ini akan merugikan masa dep[an peneroka dan generasi ke-2, FGV mempunyai rekod yang buruk……jangan perjudikan masa depan peneroka,”tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan