Khamis, 13 Oktober 2011

Universiti Malaysia gagal akibat campur tangan kerajaan hasilkan robot

Maclean Patrick, Malaysia Chronicle


Terdapat satu masalah dengan sistem pendudukan (ranking system) iaitu soal kriteria. Apakah kriteria yang digunakan? Dan adakah kriteria itu sama di semua pihak. Inilah yang harus dilihat dalam cara universiti-universiti diukur.

The Times Higher Education World University telah menyenaraikan 400 universiti global terkemuka dan yang tidak ada dalam senarai itu adalah universiti-universiti dari Malaysia. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana beberapa bulan yang lepas, senarai QS 200 World University Rankings 2011/12 menunjukkan Universiti Malaya terdapat dalam senarai 200 teratas, pada kedudukan 167.

Kedua-dua sistem pendudukan itumeletakkan satu sistem pemarkahan yang menitik beratkan elemen-elemen yang berbeza. Dan bagaimana elemen-elemen ini diivaluasi boleh diperdebatkan. Ianya adalah sangat subjektif dan sistem ivaluasi yang berlainan akan memberi markah yang berlainan buat universiti.

Tetapi ada yang sentiasa tersenarai pada 10 kedudukan atas

Jadi untuk memahami mengapa universiti di Malaysia tidak tersenarai, kita harus tahu mengapa sesetengah universiti global sentiasa tersenarai walau siapa yang mengivaluasi sekali pun. Patut dilihat adalah Harvard, Cambridge, MIT, Oxford, Princeton dan Yale yang tersenarai dalam 10 teratas dalam hampir semua senarai.

Semua universiti-universiti di atas tidak mendapat campur tangan daripada kerajaan mereka dan bebas untuk menentukan halatuju mereka dalam pendidikan. Malahan, boleh dikatakan institusi-institusi di atas lah yang menentukan pergerakan pendidikan tertieri global. Mereka boleh dikatakan sebagai pemegang saham dalam ‘pasaran saham’ pendidikan global.

Ini adalah penting. Untuk mana-mana universiti di Malaysia meningkatkan nilai mereka dalam ‘pasaran saham’ pendidikan, mestilah dahulu dipastikan halatuju dan nilainya. Untuk melakukan perkara ini dengan efektif, pendidikan tinggi di Malaysia haruslah bebas daripada Eksekutif dan kerajaan.

Campur tangan kerajaan membebankan

Seperti sedia ada, campur tangan kerajaan dalam pendidikan tinggi Malaysia menyebabkan universiti-universiti umum kita tersekat oleh acuan yang sama. Acuan yang direka oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan oleh itu, universiti-universiti tempatan tertakluk kepada undang-undang mereka. Dan undang-undang itu mungkin bercanggah dengan asas pendidikan.

Kerana itulah, Akta Universiti dan Kolej 1971 harus dimansuhkan dan universiti-universiti di Malaysia akan kembali ke kedudukan asal mereka – di mana minda boleh bersoal, berselidik dan menjana idea-idea baru.

Tetapi, ini adalah sukar apabila kita mempunyai kerajaan yang tegas mengatur dan mencatur minda anak-anak muda. Para graduan selesai dengan pemikiran politik yang disuap. Graduan ditakdirkan untuk menolak pemikiran kritikal dan patuh kepada status quo. Dan ini membunuh apa-apa pemikiran kreatif dan inovatif.

Tidak ada idea inovatif yang berjaya dengan mematuhi status quo, sebaliknya daya kreatif dan inovatif sentiasa dilahirkan dengan mencabar status quo. Tetapi sedih untuk dikatakan, ini adalh sesuatu yang dibenci oleh kerajaan sekarang ini dan mereka tidak mahu untuk mengubahnya. Maka, dengan halangan-halangan seperti ini, universiti-universiti tempatan berada pada keadaan yang tidak dilakukan mereka. Dan dalam keadaan patuh inilah badan-badan global mengivaluasi mereka. Tidak hairanlah universiti-universiti tempatan gagal dalam ivaluasi-ivaluasi tersebut.

Tiada pendidikan langsung

Universiti-universiti di Malaysia mungkin berjaya dalam beberapa senarai tetapi gagal dalam snarai yang lain. Penghujungya, universiti-universiti di Malaysia tidak dapat berpegang pada kedudukan mereka kerana asas di mana universiti itu berpijak sangat rapuh dan tidak konsisten. Asas-asas itu sering berubah dan merupakan hamba kepada kemahuan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Menyebabkan orang bertanya, adakah kita benar-benar berlabur dalam pendidikan negara?

Adakah kita melihat ke hadapan sebagai sebuah negara dan melihat imbuhan kembali daripada pelaburan ke dalam pendidikan anak-anak muda?

Atau adakah cukup untuk kita termasuk dalam kdudukan bawah sesetengah senarai, dan lupa bahawa pendidikan anak-anak muda tidak berlaku langsung.- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: