Rabu, 19 Oktober 2011

Tiada sidang Parlimen sehari sebelum Deepavali


MALAYSIA KINI

Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 25 Oktober - sehari menjelang Deepavali - dan akan cuti umum pada hari berikutnya.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Mengumumkan perkara itu sebelum sesi soal-jawab pagi ini, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri) berkata, ia adalah permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Semua pertanyaan lisan pada hari berkenaan akan dijawab secara bertulis.

"Takwim ini telah pun dimaklumkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat,” katanya sebelum memulakan sesi soal jawab lisan hari ini.

Penganut agama Hindu mengadakan upacara sembahyang sehari sebelum perayaan Deepavali, dan juga untuk membuat persediaan mengadakan 'rumah terbuka' bagi sambutan Pesta Cahaya itu.

Minggu lalu, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah mengkritik jadual parlimen yang turut bersidang pada 25 Oktober.

Ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran sebelum ini memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar sidang Parlimen tidak diadakan pada 25 Oktober sempena Hari Deepavali keesokannya

Tiada ulasan: