Selasa, 11 Oktober 2011

Sidang parlimen sehari sebelum Deepavali dikritik


Hazlan Zakaria

Anggota parlimen DAP menyatakan perasaan tidak senang dengan sidang parlimen yang bersidang sehingga 25 Oktober, sehari sebelum perayaan Deepavali.

NONESehubungan itu, ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar tidak mengadakan sidang Parlimen pada 25 Okt berikutan Hari Deepavali pada keesokkannya, 26 Okt.

"Jika Parlimen bersidang pada 25 Okt, ia akan menyukarkan ahli parlimen berbangsa India kerana pada hari itu para penganut Hindu bersembahyang dan berkumpul bersama keluarga, satu amalan bagi penganut Hindu untuk bersembahyang bagi kaum keluarga yang telah meninggal dunia pada ambang Deepavali dan berkumpul setahun sekali dengan anggota keluarga.

"Jalan akan sesak di semua jalan utama pada 25 Okt dan ini akan menyusahkan kita semua," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

NONESelain itu, ahli parlimen itu juga mempersoal keikhlasan perdana menteri yang mengumumkan isu masyarakat India akan diselesaikan tetapi sering berlaku tarikh peperiksaan sekolah bertindih dengan hari perayaan itu.

Jika janji-janji itu benar, kata mereka, kerajaan patut menunjukkan kepekaan dalam penjadualan sidang parlimen dan majlis kerajaan.

Kata Kulasegaran, beliau juga akan menyuarakan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tiada ulasan: